Malaysia Jadi Kucing Zaman Tun Mahathir Lagi

Share

Oleh Amin Yatim

1. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pasti mengalami masalah ingatan yang sangat serius apabila mendakwa Malaysia telah hilang status sebagai “Harimau Asia” berikutan prestasi ekonomi yang mengagumkan suatu masa dahulu.

2. Tulis Mahathir, “pada suatu masa dahulu Malaysia telah dipanggil Harimau Asia. Hari ini Malaysia tidak lebih seperti seekor kucing.”.


3. Persoalan untuk Mahathir, sejak bila pula Malaysia pernah dimasukkan dalam kelompok Harimau Ekonomi Asia? Hanya empat buah negara yang pernah dianggap sebagai Harimau Ekonomi Asia iaitu, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura.

4. Keempat-empat negara ini dianggap Harimau Ekonomi Asia pada 1990-an kerana pertumbuhan ekonomi yang konsisten sebanyak 7% setahun dari 1960-an-1990-an (Lihat Laporan IMF: “Growth in East Asia: What We Can and What We Cannot Infer” 1996).

5. Mahathir mungkin keliru dengan gelaran Tiger Cub Economies (“Ekonomi Anak Harimau”) dengan “Tiger CLUB Economies” (Kelab Harimau Ekonomi Asia)? Tiger CUB Economies merujuk kepada empat buah negara Asia Tenggara iaitu, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.


6. Ya, Malaysia pernah dianggap sebagai Harimau Muda Ekonomi Asia (bukan Harimau) bersama negara Asia Tenggara lain berikutan pencapaian pertumbuhan ekonomi kita yang seiring dengan empat harimau Asia dari segi model ekonomi tetapi dalam skala kecil.

7. Mahathir juga mungkin lupa bahawa lama sebelum beliau meletak jawatan, Malaysia sudah bertukar rupa dari “Anak Harimau” kepada kucing berikutan krisis ekonomi 1997 berlarutan sehingga 2001.

8. Enam tahun setelah krisis kewangan 1997 (2003), majalah terkemuka Time menganggap empat negara “Tiger Cub Economies” sudah menjadi “kitten” dan penganalisanya ragu-ragu sama ada empat negara ini mampu bangkit semula.


9. Jika Mahathir lupa, kita ingin ingatkan bahawa ketika beliau bersara Malaysia bukan lagi “Harimau Muda” tetapi sekadar kucing liar yang menunggu masa untuk disembelihkan dengan kadar inflasi yang tinggi dan ekonomi yang tidak kompetitif. Kadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara juga turut merosot ketika itu.

10. Hari ini semua indikator ekonomi dunia menunjukkan negara telah mencapai kemajuan berkali ganda lebih baik berbanding semasa zaman akhir pemerintahan Tun Mahathir.

11. Malaysia hari ini sedang melangkah kembali ke dalam peta ekonomi dunia dan mungkin sekali lagi boleh dianggap sebagai “Rejuvenation” (kemunculan semula) Harimau Muda Ekonomi Asia.

12. Syabas Najib Razak dan Kerajaan Malaysia. Di sebalik serangan politik dalam dan luar negara, serta kemelesetan ekonomi dunia, kita masih mampu menguruskan ekonomi dengan baik tanpa menjejaskan rakyat dengan teruk seperti yang berlaku pada 1985-86, 1997-98, 2001-2002 dan 2009.-MYKMU.NET


4 thoughts on “Malaysia Jadi Kucing Zaman Tun Mahathir Lagi

  • February 22, 2017 at 16:49
    Permalink

    Buang masa layan Mahathir ni, rakyat pun dah naik meluat, tk sedar diri dah tua lanjut, masih sibuk urusan dunia, entah apa yg dia nk kejar, tk tahu kita, umur yg panjang mvm dia tu, dah patut persiapkan diri untuk terokai dunia lain..sudah, sudah lah tu, sampai masa Datuk Sri Najib akan tinggalkan juga jawatan dia, tiada yg kekal didunia ni..

    Reply
    • February 25, 2017 at 01:43
      Permalink

      Syabas, komen tepat sekali. Dia nak kejar dunia dan isi isinya sekali , untuk ditinggalkan kepada 70 keturunan yang masih berada di Kerala.

      Reply
  • March 23, 2018 at 00:52
    Permalink

    Madey duk jual mimpi saja lah…ekonomi Malaysia jatuh pasal dia nak kayakan anak dan kroni dengan projek rakyat tanggung segalanya…

    Reply
  • June 15, 2020 at 00:52
    Permalink

    Saya ada buat pinjaman bank bermula pada tahun 2003. Alhamdulilah, dah langsai semua pada tahun 2015, mengikut jadual. Tak ada apa2 masalah, macam interest naik, dalam tempoh pinjaman. Memang saya pun rasa pelik bila TDM kata Malaysia salah satu negara Harimau Asia dalam beberapa siri ceramah selepas PH menang PRU14. Mungkin dia perasan bila Malaysia dah keluarkan kereta sendiri, automatically Malaysia dah jadi negara maju, dah jadi Harimau Asia atau pun dia cuba nak kelentong aje.

    Reply

Leave a Reply