DAP Terlalu Lemah Sampai Perlukan Mahathir

Share

KALAU baca di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, nampak macam DAP ini parti yang terlalu kuat dan hanya perlu PKR dan PAN sahaja untuk mengukuhkan kekuatan mereka dalam politik negara ini.

Hakikat sebenarnya, DAP tidak pernah berpuas hati dengan PKR dan PAN sehingga mereka memerlukan Mahathir dan parti Pribuminya – walaupun itu bermaksud menggadai prinsip sendiri, kalau mereka fahamlah prinsip tu apa bendanya.

Dalam kes PKR, ada tambahan isu berkaitan krisis kepercayaan sehingga dalam Pilihanraya negeri Sarawak tahun lepas, mereka bertanding sesama sendiri di beberapa kerusi DUN, yang menyaksikan DAP dan PKR masing-masing berputih mata.  Trauma itu nampaknya berpanjangan, sehinggakan nak bertanding dalam PRK Tjg Datu baru-baru ini pun tak berani.


Sudah tentu DAP tidak akan cakaplah kerjasama mereka dengan Mahathir sebab parti itu sebenarnya lemah, nak nak di kalangan orang Melayu.  DAP nampak kuat hari ini sebab mereka menguasai dari segi jumlah kerusi Parlimen dan DUN, tapi sebaik parlimen dibubarkan untuk membuka jalan kepada PRU14 nanti, kelebihan itu dengan sendirinya hilang.

Apatah lagi orang cina pun tak berapa nak percaya DAP sekarang.  Puak ini mungkin tak akan lari sokong BN tapi mereka tidak akan undi DAP sajalah.

Bila DUN dan Parlimen dah bubar nanti, semua pihak dalam Pakatan sama, apa yang berlaku selepas itu akan menentukan nasib mereka.  Disinilah Mahathir jadi penting.  Ketua Bahagian Pribumi Langkawi itu terkenal dengan cakap tidak serupa bikin dan raja mengalih perhatian dari isu-isu yang penting.


Seperti mana dia menjadikan unsur-unsur patriotik, sayangkan negara dan sebagainya, untuk menjadikan kroni dan suku sakatnya kaya raya.  Depan dia tunjuk itulah (sayang negara dan sebagainya), belakang semua tentang duit dan kuasa.  DAP perlukan kelebihan ini yang mereka pernah ada dulu tapi tidak lagi sekarang selepas individu yang berkaitan menjadi mendiang.

Yang penting untuk kita semua tahu sekarang ialah DAP parti yang sangat lemah serta PKR dan PAN tidak boleh diharap untuk mengukuhkan mereka terutama bab menarik sokongan Melayu, nak kena Mahathir.  Sedangkan Mahathir ada agendanya tersendiri – demi suku sakat dan kroni, dan perkara ini tidak boleh diterima sebahagian dalam DAP, terutama yang bukan keturunan mata sepet.

Ini sama seperti membela ular dalam rumah kononnya untuk takutkan ular lain dari masuk – sama juga hasilnya.


Leave a Reply