Zainuddin Maidin Melatah Lagi

Share

KERANA pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Pepatah Melayu ini begitu mendalam maksudnya. Adab Melayu memang begitu tinggi budi bahasanya. Dalam masa yang sama, kita juga diajar bahawa sekiranya kita melakukan kesilapan maka meminta maaf adalah cara terbaik apatah lagi apabila kita di penghujung usia.

Tan Sri Zainuddin Maidin yang merupakan orang kanan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menguris hati rakyat Malaysia apabila mengeluarkan kenyataan cuba mempolitikan kemalangan yang mengorbankan lapan orang kanak-kanak. Beliau mengaitkan kemalangan tersebut dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semua manusia yang berfikiran waras dapat melihat dengan jelas sifat keji Zainuddin Maidin ini. Namun beliau dilihat enggan menerima kesalahan tersebut. Sebaliknya beliau menyalahkan rakyat Malaysia sebagai membuat hukuman mengikut sentimen, prejudis, dendam, benci, kefahaman agama yang sempit dan ketidakmampuan berfikir diluar kotak.


Kononnya anggapan prejudis terhadap beliau semata-mata memandangkan beliau “Orang Mahathir” dan prasangka terhadap beliau sebagai anggota parti PPBM sehingga memutarbelitkan yang beliau tidak bersimpati dengan kemalangan lapan remaja penunggang basikal di Johor tersebut.

Zainuddin tetap bertegas bahawa beliau mengemukakan kejadian tragedi buruk itu sebagai fakta sejarah yang lebih banyak berlaku atas kuasa Allah di era singkat pemerintahan Najib dibandingkan dalam masa 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Sedarkah Zainuddin bahawa kemalangan tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidakah beliau menerima bahawa perkara yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari diri kita sendiri?


Lupakah Zainuddin bahawa tragedi Mamali dikatakan berpunca dari arahan Mahathir sehingga menyebabkan nyawa orang Melayu Islam terkorban dalam keadaan yang kejam? Adakah Zainuddin buat-buat tidak tahu bahawa kemalangan lapan orang kanak-kanak tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan arahan Najib?

Semakin bersungguh Zainuddin mempertahankan diri beliau, semakin mendedahkan sifat kebodohan dan kejahatan dalam diri beliau. Perlukah beliau mempolitikan semua perkara? Dalam budaya Melayu, yang tua kita hormati tapi perlulah bertempat. Jika yang tua itu jahatnya mengalahkan Yahudi maka “hormat” tersebut perlulah diletakan ditempat yang sepatutnya. .

4 thoughts on “Zainuddin Maidin Melatah Lagi

  • February 21, 2017 at 22:19
    Permalink

    Zai Maidin dan M sama spesis. Orang kampong andaikan mereka datang kesini satu kapal. Satu kapal maknanya mereka sama kaum, satu suku sakat dan sebangsa serta sejenis.

    Terbukti bahawa spesis mamak makin lanjut usia mereka semakin merapu mulut mereka serta semakin bercelaru otak mereka.

    Bersangka baiklah dan ingatlah mereka bukan menjadi faktor atau ancaman. Mereka ribut sebentar sewaktu angin bertiup kencang. Cepat reda dan diam bila tiba masanya.

    Reply
  • February 21, 2017 at 23:30
    Permalink

    Keluarga mamak dari Kalinga India memang haprak……..mereka memang benci pada orang berketurunan melayu,itu sebab zaman pemerentahan Mahathir tiada seorang melayu maupun pribumi mendapat tender,kontrak kerajaan dll…semuanya ditaram oleh golongan mamak & arab. Namun sejak Najib ambil alih maka ramailah melayu & pribumi mendapat rahmat dari kebajikan kerajaan.

    Reply
    • February 23, 2017 at 00:37
      Permalink

      Coba kaji semula semua insiden yang berlaku semasa Mahahir berkuasa selama 22 tahun lalu…..takkan tiada satu kes yang lebih dahsyat dari kejadian 8 kanak-kanak dilanggar kenderaan ketika menunggang basikal…….masih lagikah kejadian pesawat terhempas yang melibatkan seorang menteri…Tan Sri Ghazali yang terselamat dulu semasa pemerentahan Mahathir….? Sedangkan pilot seorang pegawai polis telah terkorban semasa kejadian.

      Itu bukankah satu musibah seperti 8 kanak-kanak berbasikal tersebut…?

      Reply

Leave a Reply