Selepas Mahathir, Kit Siang Pula Mudah Lupa?

Share

Seperti yang diduga, saranan yang dibuat ramai bahawa Kit Siang perlu menyertai “task force” siasatan kerugian yang dialami oleh Bank Negara kerana aktiviti perdagangan matawang negara, dijawab dengan persetujuan bersyarat.

Apabila memberi persetujuan untuk menyertai “task force” berkenaan, dengan syarat agar usaha yang sama dilakukan ke atas 1MDB, Kit Siang sebenarnya cuba mengalih perhatian rakyat, dengan harapan dapat memanjang lagi isu 1MDB. Hakikatnya, kepada yang suka membaca dari mendengar pembangkang “jual minyak”, tahu bahawa 1MDB telah pun diperiksa oleh pasukan petugas khas yang terdiri dari Peguam Negara, SPRM dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh YB Dr. Tang Seng Giaw, ahli parlimen DAP.

Mungkin Dr. Tang Seng Giaw adalah “nobody” pada Lim Kit Siang, kerana DAP adalah berkenaan diri, anak dan menantunya sahaja barangkali.


Berlainan pula halnya dengan kerugian yang dialami oleh negara pada 1990an dahulu, di mana tiada satu pun siasatan dijalankan bagi memahami apa yang sebenarya berlaku. Jika tidak, mana mungkin Lim Kit Siang sendiri terpekik terlolong mahu perkara tersebut disiasat. Apakah Lim Kit Siang mudah lupa?

Di manakah ketelusan dan integriti yang sering Lim Kit Siang, anak dan menantunya serta DAP sering laung-laungkan? Jika dibuat “apple-to-apple comparison” antara isu 1MDB dan isu forex 1990an itu, kita tahu bahawa Lim Kit Siang lebih berminat bermain politik, dari mengotakan kata-katanya yang terpacul dari mulutnya satu ketika dulu. Busuk punya mulut!

Teknik “persetujuan bersyarat” ini memang cukup dikenali menjadi cara berpolitik DAP. Dengan bersyarat, DAP memastikan bahawa mereka akan meraih keuntungan berbanding yang menerima syarat. Tanyalah PAS, mereka adalah mangsa, kerana ketika di dalam kesamaran, PAS pernah terbuai dengan taktik berpolitik DAP ini. Maka, tidak hairanlah kita disajikan dengan pemahaman seperti “agree to disagree” dan sebagainya sewaktu mereka bertahaluf siyasi.


DAP, mereka memang sangat licik.

Leave a Reply