Proton: Mahathir Kecewa Syarikat Keluarga Beliau Akan Hilang Kontrak?

Share

Oleh Amin Yatim

1. Tun Mahathir hari ini melahirkan kekecewaan bahawa Proton akan dijual kepada syarikat asing dan ini akan menyebabkan pembekal barangan (vendors) kepada Proton akan hilang mata pencarian.

2. dalam tulisan terbaru beliau hari ini, Mahathir cuba memanipulasi minda rakyat dengan mendakwa beliau boleh terima Proton mempunyai rakan strategik tetapi kecewa kerana ia akan dijual kepada syarikat asing.


3. Fakta mana Mahathir dapat bahawa Proton akan dijual sepenuhnya kepada syarikat asing. Sehingga kini tidak pernah timbul penjualan sepenuhnya Proton kepada syarikat asing. Malash syarat kerajaan ketika memberi “soft loan” sebanyak RM 1.6 Bilion ialah DRB Hicom sebagai pemilik Proton perlu mencari rakan strategik untuk memulihkan Proton.

4. Justeru, apabila Mahathir membuat dakwaan tidak berasas ini ia hanya bertujuan untuk menimbulkan sentimen rakyat supaya marah kepada kerajaan. Ini akan mewujudkan pelbagai tekanan agar kerajaan dan pemilik sekarang mengekalkan Proton sebagai entiti kereta nasional.

5. Berbohonglah Mahathir bila berkata beliau boleh menerima sekiranya Proton hanya mempunyai rakan strategik.


6. Sejak sepuluh tahun lalu Proton sentiasa berusaha untuk mendapatkan rakan strategik. Ini bertujuan mengembangkan pasaran Proton di luar negara dan membawa masuk kepakaran automotif yang lebih baik.

7. Namun sepanjang tempoh itu jugalah Mahathir sentiasa berusaha menggagalkan kerjasama dengan pelbagai syarat dan pandangan tidak masuk akal. Ini menyebabkan syarikat-syarikat besar termasuk Volkswagen (2007) menarik diri.

8. Tujuan Mahathir bukan untuk meningkatkan industri automatif negara tetapi melindungi syarikat-syarikat kroninya yang telah lama mengaut laba dari Proton, terutamanya Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak saudaranya, Dato Rahmat Abu Bakar.


9. Justeru apabila Tun Mahathir menulis, “The vendors and suppliers of components will close shop. Lots of workers will lose their jobs. And Malaysia’s engineering capacity will be reduced. It will not be a developed country in 2020 or later. Malaysia will remain a third world developing country.”; ia hanyalah helah untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat kronisnya dalam Proton.

10. Adalah tidak masuk akal JIKA (ianya hayalah Jika kerana setakat ini tiada langsung perbincangan menjual keseluruhan Proton kepada syarikat luar) Proton dijual kepada syarikat asing, maka Malaysia akan menjadi negara dunia ketiga sahaja dan ketinggalan dalam bidang kejuruteraan.

11. Hakikatnya setelah lebih 30 tahun Proton dibantu ia masih memerlukan bantuan kerajaan dan tidak memberi apa-apa impak kepada bidang kejuruteraan tempatan bertaraf global. Selepas tiga puluh tahun kereta Proton masih gagal menembusi pasaran antarabangsa secara tulen. Yang ada hanyalah sedikit di sana dan di sini yang dijual secara harga subsidi berbanding harga dalam negara.

12. Kita tidak mahu Proton tutup atau dijual sepenuhnya kepada syarikat asing. Namun jika berlaku pun ia tidak akan menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara ini kerana selama ini pun Proton hanya terus hidup gagah atas perlindungan kerajaan.

13. Tun menyatakan industri automotif negara akan mengalami kehilangaan besar jika Proton dijual kepada syarikat asing.

14. Hakikatnya, keluarga Tun Mahathir yang akan mengalami kehilangan besar jika Proton dijual kepada syarikat asing. Sudah tentu pembekal sedia ada yang tidak kompetetif akan diganti oleh syarikat yang baharu. Inilah yang ditakuti oleh Tun Mahathir sebenarnya.

15. Kenapa Tun memerli “Syabas Najib!” sedangkan Proton adalah milik DRB Hicom dan Tan Sri Syed Mokhtar al- Bukhari? Jika pemiliknya membuat keputusan menjual sepenuhnya pun ia tidak ada kena mengena dengan Najib tetapi Syed Mokhtar.

Maka Syabas Tun Mahathir kerana cuba memanipulasi rakyat membenci Najib Razak demi keuntungan keluarga sendiri!-MYKMU.NET

Leave a Reply