Melihat Sikap Korea Utara, Teringat Mahathir

Share

ENTAH mana logik Korea Utara ini kutip bahawa negara ini antara lain melanggar hak asasi manusia dan berkonspirasi dengan musuh mereka bila ‘enggan’ menyerahkan mayat warganegara itu yang mati disini, Kim Jong Nam dan hal-hal lain yang timbul dari kematiannya.

Pertama sekali, ketika persoalan hak asasi manusia ini dibangkitkan negara itu, Kim Jong Nam bukan manusia lagi pun.  Dia berhenti menjadi manusia bila kepalanya diserkup dengan kain dan tak lama selepas itu, membawa kepada kematiannya 18 Februari lalu, hak asasi MANUSIA apa lagi yang mereka cakapkan?

Kedua, negara ini tidak terlibat dengan permusuhan antara negara itu dengan beberapa negara lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat.  Kematian itu berlaku di negara ini dan apa yang peliknya bila kes itu disiasat mengikut undang-undang negara kita?  Kita tak soal pun bila dilaporkan ada orang dihukum mati dan mayatnya diberi makan anjing di negara itu, ada ke?


Itu masalah dalaman negara mereka dan sekarang hal ini (pembunuhan tersebut) dah jadi hal dalaman negara kita.

Terang-terang kerajaan dan pihak berkuasa kita betul dari segala segi dan persoalan yang dibangkitkan itu tidak relevan sama sekali, pun mereka masih berdegil untuk mempertahankannya apa yang mereka percaya seperti boleh dilihat dari sikap dan kenyataan Duta negara itu di HKL kelmarin dan Wisma Putra petang tadi.

Entah bagaimana, sikap, rasional dan pendekatan Korea Utara dalam menguruskan soal kematian Kim Jong Nam ini mengingatkan penulis kepada Mahathir.  Di mana yang sama tu penulis tak pasti sangat, cuma rasa macam sama saja.  Oh ya, paling tidak mungkin dari sudut, masih nak kata dia betul walaupun dari segala segi, terang-terang dia salah.


Itu sajalah nak cakap.

Leave a Reply