Himpunan RUU 355 Buktikan PAS “Janda Berhias”

Share


 

 

 

 

 

Bila berbicara soal PAS, mereka memang jaguh dalam menghimpunkan khalayak. Setiap gerakan turun padang untuk berdemo, jumlah mereka tidak pernah menghampakan. Sesuatu yang perlu diakui oleh semua, bab ini mereka lah juara.

Oleh sebab itulah, cubaan untuk menguasai PAS tetap tidak pernah berhenti, sungguhpun pro-anwarinas telah lama ditalqinkan. Sungguhpun begitu, kepimpinan PAS amat sukar untuk memastikan parti itu benar-benar bersih. Jika usaha berganda sekalipun dilakukan, ia ibarat mengira bulu kambing.

Namun begitu, ibarat keretapi, apa yang sedang PAS perhatikan ialah kepala gerabak yang terhoyong-hayang mencari destinasi. Itu penting, kerana jika tidak, kepala itu akan membawa gerabak dan muatannya menikmati mangga harum manis.

DAP, PAN, PKR dan kini PPBM, masing-masing cuba mengurat PAS, dek kerana kekuatan khalayak dan jenteranya. Selama ini, ramai sedia maklum PAS adalah pembekal buruh paksa, yang dilibas berkali-kali dengan cemeti, sungguhpun status mereka adalah sama dengan sekutu Pakatan Rakyat. Apabila siap landasan yang mereka bina, keretapi pula dipandu arahnya tanpa PAS boleh mengemudi, persis hamba abdi.

Himpunan RUU355 menjadi saksi, bahawa PAS adalah nadi “suara rakyat” pada Pakatan Rakyat. Apa tidaknya, jika dibandingkan dengan himpunan anti RUU, jumlah puak liberal hanyalah ibarat buih di lautan.

Tidak hairanlah jika Pakatan Harapan tetap ingin rujuk semula. Maka, deretan “pemuda” dihantar untuk meraih cinta si “Janda berhias”. Walau perawan lebih menawan, janda lebih menggoda.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *