Demonstrasi Jalanan Dah Jadi ‘Senjata Makan Tuan’

PAKATAN menyanjungi demonstrasi jalanan, Pakatan memandang tinggi demonstrasi jalanan, demonstrasi jalanan adalah segalanya pada Pakatan, lagi ramai demonstran datang lagi takbur jadinya Pakatan – semua orang tahu.

Demonstrasi adalah demokrasi, demonstrasi adalah hak asasi, demonstrasi asas reformasi – segalanya demonstrasi.  Malah ramai dikalangan penyokong Pakatan, mereka ‘beriman’ dengan demonstrasi.  Bila demonstrasi jalanan dapat kejayaan, beriba-riban yang datang, Pakatan jadikan itu sebagai bukti rakyat menyokong mereka dan mahu kerajaan tunduk kepada desakan.

Sehinggalah semalam,

Janda Pakatan, PAS, mengambil peluang dari pengalaman bersama Pakatan sebelum ini, menganjurkan demonstrasi raksasa  bagi menyokong RUU355 yang dicadangkan mereka dan PAS berjaya mencapai matlamatnya, puluhan ribu datang, padang yang hijau mereka unggukan.

Sepatutnya, kalau ikut logik demonstrasi jalanan yang Pakatan sendiri tetapkan, tidak timbul lagi persoalan sama ada Pakatan perlu menyokong RUU355 atau tidak.  Rakyat sudah bersuara dan kejayaan demonstrasi jalanan semalam adalah buktinya, tapi sehingga sekarang, belum ada seorang pun di kalangan pemimpin Pakatan yang berkata akan menyokong RUU355 sebagai menghormati ‘suara rakyat’ yang hadir dalam demonstrasi semalam

Kebetulan, Pakatan turut mengadakan demonstrasi guna tema berlawanan untuk menyaingi demonstrasi PAS, tapi jumlah kehadirannya, alahai, undi yang pembangkang dapat dalam PRK Tjg Datu (digabungkan sekali) pun, sedikit banyak jumlahnya.

Mana “suara” rakyat yang dibanggakan tu?

Nampak sangat Pakatan hanya sokong demonstrasi jalanan kalau ada untung kepada mereka saja.  Segala gebang bahawa demosntrasi satu hak asasi manusia dan semua pihak wajib menghormati kejayaannya, hanyalah satu penipuan.  Diakhirnya bukan demonstrasi yang penting tapi matlamat politik mereka saja.

kredit gambar: Utusan

 

One thought on “Demonstrasi Jalanan Dah Jadi ‘Senjata Makan Tuan’

  • February 20, 2017 at 8:23 am
    Permalink

    Bila kita berbual dengan sesaorang mengenai PRU kita diberitahu satu bayangan waktu PRU mungkin diadakan. Kita berbual dengan individu ke2 dan ke3 kita dengar indikasi yang sama. Individu itu semua antara individu orang kerajaan yang seharusnya tahu kerana keterlibatan mereka dengan perlaksanaan nya.

    Mereka ditanya lagi apakah M menjadi faktor. mereka jelaskan M bukan threat. M tak ada tenaga tak ada tenaga. M is the has been.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *