“Zainudin Maidin, Hang Dah Makan Ubat Ka Belum?”

Share

Melihat karenah mantan Menteri Penerangan Malaysia ini, ramai yang hanya menggeleng-gelengkan kepala. Saban hari, setiap apa yang ditulisnya, atau apa yang dikatakannya, menunjukkan bagaimana standard yang ada pada dirinya.

Busuknya hati dan tulang-temulang Zainudin, apabila perkara yang meruntun jiwa seperti tragedi di Johor itu cuba pula dikaitkan dengan politik. Soal tragedi, di mana-mana dan setiap masa pasti akan ada perkara-perkara yang tidak mahu kita hadapi. Bukan hanya pada zaman sekarang sahaja. Tiadakah tragedi sepanjang pemerintahan Perdana Menteri terdahulu?

Penulis pasti, beliau adalah seorang yang beragama Islam, namun mengapa seolah-olah membelakangkan qada’ dan qadar? Mati adalah pasti, hidup Insha Allah.


Terdesak sangatkah Zainudin, sehingga bertindak sedemikian, atau memang itu level dirinya. Bagaimana layak untuk diangkat menjadi menteri pada satu ketika pun kita tidak faham. Kalau pun benci dengan Perdana Menteri Najib Razak, carilah isu yang sepadan dengan dirinya selaku bekas wartawan dan menteri.

Tidaklah ingin kita menyentuh lebih lanjut tentang kemahiran beliau mengeja dan berbahasa. Namun jika itulah kualiti bekas wartawan “tersohor” dan mantan Menteri Penerangan, maka sangat sadis… Tiba-tiba teringat pula wawancara beliau dengan CNN dan Al Jazeera. Memang sadis.

Bicara soal sadis dan tragedi, teringat pula tragedi yang terjadi kepada Pak Lah pada 2008. Dalam buku biografinya, Pak Lah ada menulis bahawa Zainudin menolak sepenuhnya pembabitan kerajaan dan Barisan Nasional untuk menggunakan platform media sosial, yang akhirnya membawa padah pada PRU ke 12.


“Din, hang dah makan ubat ka belum?”

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!