#PRKTjgDatu: 6.6% Menang, 93.4% Kalah!!

Share

MALAM ini cai Pakatan+Pribumi jadi bisu dengan kemenangan besar calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu atau Kak Milah di PRK Tanjung Datu dengan mengalahkan 2 calon pembangkang, masing-masing dari Star dan PBDS Baru.

Tambah menarik, walaupun dengan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah berbanding PRN 2016, majoriti diperoleh Kak Milah meningkat sedangkan deposit kedua-dua calon pembangkang, lesap.  Undi memilih ketua pengawas sekolah pun lagi banyak dari undi calon-calon pembangkang – dicampurkan sekali.

Dari 6,891 undi yang dibuang, 6,573 undi adalah milik calon BN, baki tu, campur undi rosak, dapat la kat 2 calon pembangkang.  Parah ni petandanya.


Sekarang mau soal, mana pembangkang punya cakap besar konon tidak ada orang mau undi BN lagi? Ni pilihanraya boleh menang besar di tengah-tengah segala macam yang buruk macai selalu mainkan pasal pentadbiran kerajaan BN hari ini, apa kes?

Nak kata ini keputusan terpencil pun tak juga, bukan kali pertama.  Masa di Sg Besar dan Kuala Kangsar pun begitu juga bunyi gebang, penyudahnya, BN juga yang menang.

Boleh ke kalau penulis katakan, cakap-cakap konon takde orang nak undi BN ini hanyalah satu persepsi, boleh?  Gebang media sosial beranilah, bila di tempat yang betul, yang tepat seperti pilihanraya untuk menterjermahkan undi, terkangkang.


Leave a Reply