InfraRakyat: Untuk Rakyat Nikmati, Bukan Untuk Rakyat Selfie Semata

Share

Pembangunan, jika diambil kira pada 2050 nanti, tetap akan menjadi agenda utama kepada mana-mana perdana menteri yang bakal dipilih kelak.

Persoalannya, apakah pembangunan itu benar-benar diperlukan oleh rakyat, atau hanya mereka yang berkemampuan dapat menikmati pembangunan tersebut. Persoalan ini perlu dijawab segera, kerana apalah makna pembangunan, jika ianya tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat.

Usaha kerajaan “InfraRakyat” sememangnya satu usaha yang sangat memberi makna kepada rakyat. Apa tidaknya, pembangunan yang dibuat memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat. Projek-projek “InfraRakyat” seperti MRT, Lebuhraya Pan Borneo, East Coast Rail Link (ECRL) bakal menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

Bertunjangkan tentang apa yang diperlukan oleh rakyat, kita dapat melihat projek-projek ini, walaupun berstatus mega, dibina mengikut keperluan rakyat di satu-satu kawasan. MRT di kawasan aliran trafik yang sangat padat, sementara Pan Borneo dan ECRL membuka ruang kepada kadar capaian kawasan-kawasan yang terhubung dari rangkaian laluan tersebut. Segalanya berpaksi kepada keperluan rakyat.

Tidak salah untuk kita bermegah dan berbangga dengan binaan setinggi awan, atau litar lumba tempat berhimpunnya jaguh-jaguh dunia. Namun, sentimen kemegahan hanya berputik di hati, sedang nikmat sebenar pembangunan seperti itu tidak dapat dirasai oleh golongan majoriti.

Berselfielah, atau berwefielah, di binaan mega itu, kerana itu sahaja yang kita mampu. Sementara itu, rasa dan nikmatilah “InfraRakyat”, kerana ianya dibina untuk rakyat, untuk denyut nadi rakyat.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!