Blog Dedahkan Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Syarikat Keluarga Tun Mahathir

Share

Sebuah blog (asas2020.blogspot.com) mendedahkan bahawa faktor utama Tun Mahathir sering kali cuba menggagalkan sebarang usaha mencari rakan strategik luar kepada Proton Holdings ialah bagi menjaga kepentingan perniagaan keluarga beliau.

Menurut artikel dalam blog tersebut, “Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Anak Saudara Tun Mahathir“, Proton telah memberi hak eksklusif kepada syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd sebagai vendor atau pembekal sistem “rust proofing” semua kereta keluaran syarikat tersebut sejak 1985.

Yasmin Jurumuda dikatakan milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar, melalui Yasmin Group.

Difahamkan Proton perlu membayar RM 2,000 – 5,000 untuk kepada Jurumuda Sdn Bhd (sic- Yasmin Jurumuda) untuk pemasangan “rust proofing” sebuah kereta. Jika diambil kiraan “cincai” RM 2,000 x 3.6 juta buah kereta terjual sejak 1985 ia sudah mencecah RM 7.2 bilion. Ini belum termasuk berapa banyak kereta Proton yang tidak terjual sebelum ini.- asas2020.blogspot.com

“Sekiranya Proton mempunyai rakan strtegik yang besar sudah tentu semua kontrak-kontrak eksklusif ini akan dinilai semula dan mungkin menjejaskan kontrak Jurumuda.”

Blog tersebut juga berjanji untuk mendedahkan banyak lagi urusniaga Yasmeen Holdings yang membabitkan kontrak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

4 thoughts on “Blog Dedahkan Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Syarikat Keluarga Tun Mahathir

  • February 13, 2017 at 14:42
    Permalink

    jangan fikir rakyat bodoh nak percaya dengan alasan mahathir berkata tiada syarikat lain(selain syarikat anak saudaranya) mampu bekal pemasangan ‘rust proofing’ itu dengan harga sedikit rendah & sama berkualiti

    jika dikira banyak betul & kenyang betul ahli keluarga & kaum cepuak mahathir sendiri mendapat kekayaan atas angin hasil dari amalan kronisme melampau & songlapan wang rakyat secara licik yang dilakukan mahathir semasa menjadi PM selama 22 tahun

    Reply
  • February 13, 2017 at 15:18
    Permalink

    untunglah berniaga sejak awal penubuhan Proton tiada saingan dan tender untuk anti rust.

    Reply

Leave a Reply