Penyertaan Zaid bukan kejutan malah tiada manfaat langsung

Share

Oleh NUR ASLINDA NASIR

8 FEB : Tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP bukan satu kejutan kerana beliau sejak dari dulu lagi adalah seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap.

Namun begitu, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata penyertaan beliau ke dalam parti DAP itu tidak menguntungkan kerana masih tidak mampu menarik pengundi orang Melayu dengan lebih ramai lagi.


“Tiada sebarang kejutan pada saya kerana beliau lebih dikenali sbg melayu liberal. Parti DAP dilihat sesuai dengab pandangan beliau.

“Tindakan beliau tidak dianggap menguntungkan melayu kerana penerimaan orang Melayu masih jauh untuk menyokong DAP secara keseluruhan,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Terdahulu, Zaid yang Juga merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan untuk menyertai DAP.


Namun diberi amaran oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang agar beliau tidak menjadi ‘primadona’.

Mengulas lanjut Salawati berkata Zaid tidak mungkin disingkirkan dari DAP jika beliau terus menjaga kerahsiaan parti tersebut.

“Saya rasa beliau tidak akan disingkir melainkan jika Zaid mengulangi sifat Tunku Abd Aziz. Ini disebabkan Tunku Abdul Aziz mencabar kepimpinan DAP dan mula bercakap -cakap tentang hal dalaman DAP secara terbuka di khalayak ramai juga membuka kerahsiaan DAP. Maka ketika itu tidak mustahil disingkirkan.


“DAP pula dalam usaha mendapatkan sokongan melayu. Oleh itu mesti lebih ramai melayu diraikan dalam parti tersebut,” ujarnya.

Sumber: BNBBC

Leave a Reply