Anak-Anak Mahathir Raih Kekayaan Dari Skandal Bank Negara?

Share

Sepanjang nama Mahathir muncul kembali dan terkait dengan lebih jelas oleh laporan rasmi CIA, tidak ada seorang pun anak-anak Mahathir termasuk anak angkat beliau yang tampil untuk pertahankannya. Termasuk juga jaguh mulut becok, Marina – kenapa semuanya tiba-tiba terkunci mati mulut masing-masing?

Bukan satu isu yang kecil dan remeh apabila ianya berkaitan dengan wang negara dan wang rakyat. Jumlah yang hilang atau rugi yang tidak mampu dapatkan balik adalah satu jumlah yang amat-amat besar.

Menurut bekas Naib Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Murad Khalid mendakwa jumlah kerugian sebenar jauh lebih banyak dari yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim iaitu sekitar RM 30 – 40 bilion.


Malah tindakan Anwar berbohong berkali-kali di dalam parlimen boleh dianggap satu jenayah yang amat terancang.

Mula-mula skandal ini didedahkan oleh Kit Siang, Anwar menjawab ianya tidak hilang atau rugi. Tahun berikutnya Anwar berbohong lagi di parlimen dengan mengatakan atau mengakuinya bahawa Bank Negara ada mengalami kerugia tetapi hanya ‘rugi di atas kertas” sahaja. Tahun seterusnya Anwar sekali lagi berbohong dengan mengatakan ada berlaku kerugian dan audit dalaman sedang menyiasat – yang berakhir dengan pengunduran Gabenor Bank Negara ketika itu.

Anwar lupa rakyat Malaysia tidak sebodoh beliau – Anwar gagal matematik dan hanya berkelulusan sastera Melayu sahaja, bagaimana Mahathir boleh melantik beliau menjadi Menteri Kewangan kalau tidak ada unsur merangka penipuan berskala mega?


Sebenarnya tidak ada terma “kehilangan atas kertas” dalam permainan Forex seperti pasaran saham biasa. Dalam Bursa Saham kita ada kerugian atas kertas kerana nilai saham jatuh tapi jumlah saham tidak hilang. Namun dalam pasaran Matawang kerugian itu adalah kerugian sebenar tanpa kemungkinan mendapat semula pulangan.

Bayangkan Sanusi Junid antara orang kanan Mahathir yang menentang perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Sanusi memperlekehkan Anwar secara terang-terangan.

Pendedahan dari media asing yang Mahathir dan pengikutnya jadikan sumber ‘rasmi’ sekarang ini turut mendedahkan dari sumber bahawa pada hari hari tertentu, bank pusat Malaysia akan perdagangan sebanyak AS $ 1 bilion dan US $ 5 bilion. Walaupun itu adalah satu jumlah yang kecil berbanding dengan jumlah dagangan harian global pasaran mata wang berjumlah kira-kira US $ 400 bilion, ia adalah satu jumlah yang sangat besar bagi bank pusat tunggal dan sebahagian besar Malaysia kira-kira AS $ 6.5 bilion pada rizab asing.


Jelasnya apabila anak-anak Mahathir dilihat berdiam diri apabila ayah mereka ‘dibelasah’ siang dan malam, atas dan bawah serta kiri dan kanan maka angin mula bertiup kencang bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘kekayaan luarbiasa’ anak-anak Mahathir termasuk anak-anak angkat beliau.

Bayangkan Mahathir begitu angkuh mengaku bahawa beliau tidak perlu keluarkan apa-apa belanja sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri kerana semuanya perbelanjaan (program rasmi) ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kalau pun kesemua kehidupan Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat ketika itu, sebanyak mana sangatlah wang yang mampu Mahathir simpan? RM20 juta?

Kalau andaian sebanyak jumlah tersebut yang Mahathir mampu menabung, dari mana kekayaan luarbiasa yang diperolehi anak-anaknya termasuk Marina? Anak Mahathir tersenarai sebagai antara manusia yang terkaya di Asia.

Sehingga kini, tiada seorang pun anak-anaknya termasuk juga Mukhriz bekas Menteri Besar Kedah yang dipecat tampil bercerita bagaimana Melayu boleh jadi kaya dan ‘super berjaya’ seperti beliau dan abang-abangnya dan juga seperti kakaknya Marina?

Timbul juga persoalan, adakah benar Bank Negara Malaysia mengalami kerugian yang begitu besar atau ada pihak yang ‘tetiba’ menjadi kaya akibat skandal perjudian matawang asing ini atau kerugian tersebut hanya terma ciptaan untuk mengalih pandangan tentang berlakunya ‘rompakan’ wang rakyat secara terancang demi kepentingan beberapa individu yang ‘tetiba’ menjadi ‘super kaya’?

Anak-anak Mahathir, anak-anak Daim Zainuddin termasuk Daim sendiri wajar buktikan dari mana mereka menjadi kaya demi nama tidak dicalarkan dengan pelbagai andaian.

3 thoughts on “Anak-Anak Mahathir Raih Kekayaan Dari Skandal Bank Negara?

  • May 27, 2020 at 07:43
    Permalink

    atok mmg kaki songlap….selama 22 thn…atok menyelinap di seluruh pelosok negeri untuk….merompak hasil masul negeri2 yg dia…masuk jarum…..dia guna kan seorang lawyer buruk tua…untuk kepentingan dia….tu sebab dia tak suka raja2 yg jd batu penghalang bagi merealisasikan agenda…rompakan berskala besar…..dia gunakan penama lain sebagai ganti nama dia dan kuncu2 dia….seolah2 tanah dan hasil rompakan dia tak nampak….dimata rakyat….sungguh licik …semasa itu lawyer buruk tua dia ada tubuhkan bank berlebel bank nama cina padahal lawyer tua tu yg punya….menipu org cina ..untuk mengaut duit cina….bank pun lingkup…..duit pelabur cina entah kemana…..kerja merompak tanah org2 miskin ….semasa ekonomi meredum….beli murah dan jual mahal…..di negeri selatan tanahair dilakukan oleh atok dan lawyer tua buruk tu……dll

    Reply
  • May 27, 2020 at 11:04
    Permalink

    Org tua ini minta dimanja tahap melampau.meluatlah.jalau kayu sdh reput tunggu nk tumbang.

    Reply
  • May 29, 2020 at 14:48
    Permalink

    Kami rakyat Malaysia meminta pihak SPRM dan BNM membuat siasatan terperinci keatas anak2 TUn Mahathir cepat menjadi kaya ..apakah semasa Tun menjadi PM dlu .Ank2 nye mendapat lesen kontrak bernilai bilion ..diluar negara dan dalam negara .Kamu rakyat Malaysia merayu .buat siasatan..segera..jika bersabit kesalahan mengubah wang haram..dirampas serta harta benda nye..lesen perniagaan digantung denda dan penjara

    Reply

Leave a Reply