#RespectMyPM: Perdana Menteri Jawab Spekulasi Azmin Ali

Share


“Tiada seorang pun menteri yang memaklumkan saya tentang perletakan jawatan. Saya andaikan Azmin berbohong, semata untuk cuba mencipta sensasi, melainkan beliau boleh memberikan nama menteri terbabit”.

Begitulah jawapan dari Perdana Menteri melalui akaun Twitter dan Facebook Najib Razak, berhubung dengan satu status yang dimuat oleh Azmin Ali menerusi laman Twitternya.  Sejak petang tadi, netizen dihujani dengan spekulasi berhubung “tweet” yang dibuat menerusi akaun Twitter milik sekutu rapat Mahathir, iaitu Azmin Ali.

Menurut status berkenaan, Azmin Ali dilihat memberi gambaran kononnya akan ada menteri kanan yang bakal meletakkan jawatan kononnya tidak mahu bersubahat dengan isu 1MDB.

“Salute” jugalah penulis kepada Azmin, kerana di saat PakaTUN dilanda pelbagai masalah dalaman, Azmin berusaha untuk mengalihkan tumpuan kepada isu 1MDB, yang mana beberapa negara seperti Switzerland sudah menjelaskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak tidak terlibat.

Begitu juga dengan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merangkap ahli Parlimen Kepong dari DAP, Tan Seng Giaw yang turut membuat penafian berhubung penglibatan Perdana Menteri berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh jawatakuasa tersebut.

Anehnya, ramai pula yang mempertikaikan jawapan balas oleh Perdana Menteri dengan komentar seperti “macam budak-budak”, “Azmin Ali tanya je kan?”, “wah, banyak masa main tweet” dan seumpama dengannya.

Mengapa tidak pula mereka membuat komentar di akaun Azmin Ali dengan nada yang sama? Jika mereka bijak, sudah tentu mereka tahu bahawa Azmin Ali sedang cuba untuk mencipta persepsi. Pergilah “hempuk” si Azmin dengan komentar “macam budak-budak”, atau “hentikan cipta persepsi”. Itu baru adil.

Bercakap soal adil, baru penulis teringat, siang tadi ada berita yang mengatakan pemilik “Ampang Disneyland” telah dipanggil SPRM untuk diambil keterangannya.

Apakah Azmin gelabah, dan cuba mengalihkan isu Adam Rosly?



2 thoughts on “#RespectMyPM: Perdana Menteri Jawab Spekulasi Azmin Ali

  • February 11, 2017 at 3:12 am
    Permalink

    esok lusa entah apa agaknya alasan akan embee pandai kasi pinjam bini pada anwar untuk dingentotkan ini berikan selepas PM minta dia beritahu siapa menteri yang akan letak jawatan itu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *