Pulau Batu Putih: Peguam Negara Yang Baharu Dan Yang Lama

Share

1. Tindakan TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI memfailkan permohonan semakan berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pada 2 Februari lalu merupakan satu keputusan yang telah lama ditunggu oleh rakyat negara ini.

2. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) “The Hague” memutuskan Pulau Batu Puteh merupakan milik Singapura.

3. Rentetan keputusan tersebut membawa pelbagai kritikan dan gosip mengenai pasukan Peguam Negara Malaysia di bawah Tan Sr Abdul Ghani Patail bertindak cuai dan sambil lewa dalam mempertahankan tuntutan Malaysia. Ini termasuklah tindakan mengemukakan gambar dari sebuah blog yang dianggap oleh ramai pemerhati sebagai satu kerja “sloppy”. Adalah tidak masuk akal Peguam Negara menggunakan hujahan bergambar dari sebuah blog untuk meyakinkan Mahkamah Antarabangsa bahawa Pulau Batu Puteh lebih dekat dengan Malaysia dari Singpaura.

4. Malah beberapa pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai cara pasukan Ghani Patail mempertahankan kes Pulau Batu Putih. Beberapa blog “nakal” mendakwa Ghani Patail dan beberapa orang yang rapat dengan kepimpinan negara ketika itu “telah menjual kes” ini kepada Singapura. Namun ia tidak pernah dibuktikan tuduhan tersebut.

5. Namun apa yang pasti ketika Singapura membariskan pasukan terbaik, Malaysia di bawah Ghani membawa pasukan tempatan yang tidak punya kekuatan personaliti seperti Singapura.

6. Pasukan Singapura diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh. Mereka turut mendapat bantuan oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.

7. Manakala pasukan Malaysia diketuai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura.

8. Selain Abdul Kadir, pasukan Malaysia ialah Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin, Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan anaknya Faedzul Azra. Bagaimanapun Malaysia turut menggunakan panel perundangan antarabangsa sebagai pasukan sokongan yang terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.

9. Di sebalik tuduhan liar berlaku koruspi ke atas pasukan ini, Prof Dr Rahamat Mohamad memberi beberapa hujahan penting mengapa Malaysia kalah dalam perbicaraan tersebut berdasarkan penghakiman The Hague.

10. Mungkin berdasarkan ulasan tersebut, Tan Sri Appandi berpendapat adalah sesuai dikemukakan semula hujahan di The Hague kerana beliau mempunyai bukti mencukupi mengubah hujahan penghakiman lalu.

11. “Fakta baharu”, yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) berhubung Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) adalah merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.

12. Dalam siaran media melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata, dokumen itu termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.

13. Selama bertahun-tahun selepas kekalahan kita tidak mendengar sebarang usaha Ghani Patail untuk mencari bukti yang baharu. Anehnya tidak sampai setahun selepas pelantikan Peguam Negara yang baharu, kita sudah menemui bukti yang sangat kuat untuk menang jika ditampilkan dalam perbicaraan terdahulu.

14. Apa pun mari sama-sama berdoa perjuangan Appandi Ali kali ini akan mendapat kejayaan walaupun ia bukan lagi jalan yang mudah seperti dahulu.-MYKMU.NET

3 thoughts on “Pulau Batu Putih: Peguam Negara Yang Baharu Dan Yang Lama

  • February 10, 2017 at 15:27
    Permalink

    Mungkin bukti ini antara yang disorokkan oleh AG lama…hehehehe

    Reply
  • February 10, 2017 at 20:52
    Permalink

    Kita kenal siapa Gani Patail dan kita tahu siapa dia dengan PM Najib. Kita tidak mahu menuduh yang Gani dibeli oleh Singapura atau menjual kes kerana kita ketiadaan bukti. Jika kita tidak suka dengan tuduhan yang mereka semua itu buat terhadap pemimpin tertinggi negara kerana tuduhan itu dibuat tanpa bukti, maka kita tidak akan menuduh Gani kerana kita juga tiada bukti untuk menuduh sebegitu .

    Yang jelasnya Gani buat kerja sambil lewa, Gani melawan bukan untuk menang tapi untuk sebaliknya. Ini kerana diatas hubungan hambar dia dengan PM , kita rasa untuk apa dia mesti bekerja keras untuk kes saperti itu. Menang kes bermakna memenangkan Najib.., menambah sehelai bulu ayam keatas topi Najib…. untuk apa ?.

    Dengan bukti yang baru timbul kita penuh yakin Apandi akan bekerja siapkan pasukan kearah memenangi kes , Kita yakin peluang memang ada.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!