Rupanya ‘Melayu’ Hidup Senang Lenang, Mewah Di Pulau Pinang…

Share
Demo ‘Sokong’ Guan Eng?

‘Meloncat-loncat’ puak DAP bila diacah Ku Nan berhubung Pulau Pinang yang boleh dijadikan sebahagian dari Wilayah Persekutuan. Tidak cukup ‘meroyan’ di media-media pro-pembangkang, ‘latahan’ merayap hingga ke Balai Polis Dang Wangi melapor pada pihak berkuasa yang selalu mereka hentam.

Kenapa ‘panas’? Kerana tersinggung terhadap kenyataan Ku Nan yang mengatakan beliau tahu tentang apa yang berlaku kepada orang Melayu di negeri ‘jajahan’ DAP itu? Marah sangat bila disindir begitu tajam dengan acahan ‘mesra Melayu’?

Baiklah. Penulis suka untuk menceritakan perihal ‘sebenar’ bangsa Melayu di Pulau Pinang. Bukan apa, selalu juga penulis ke sana meninjau hasil kerja Lim Guan Eng yang hampir dua penggal ‘bermaharaja’ di negeri yang asalnya milik Kedah itu.

Penulis melihat, sebahagian besar pulau tersebut adalah milik ‘bangsa Melayu’. Dari sudut pembangunan, hampir 99 peratus hotel mewah, hotel separa mewah dan dua bintang ke atas adalah milik orang ‘Melayu’.

Dari sudut pemilikan rumah pula, hampir 98 peratus rumah-rumah mewah, kondo-kondo eksklusif dan rumah-rumah agam di Pulau Pinang adalah milik orang ‘Melayu’. Pendek kata, cakap saja berapa harga rumah di Pulau Pinang, orang ‘Melayu’ mampu membelinya…

Diteropong pula tanah-tanah strategik, premis-premis perniagaan terkemuka, gedung-gedung membeli-belah di Pulau Mutiara itu, hampir semuanya juga milik bangsa ‘Melayu’. Taikun-Taikun ‘Melayu’ itu menjarah hampir setiap pembangunan di negeri berkenaan.

Ditinjau pula gerai-gerai yang menjadi tumpunan ramai pelancong yang terletak di tepi-tepi jalan di negeri itu, penulis dapati hampir semua gerai milik orang ‘Melayu’ langsung tidak ‘diapa-apakan’ oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Tapi kalau gerai milik ‘bukan Melayu’, hampir ‘pupus’ ‘dikerjakan’.

Sementara itu, rumah-rumah di perkampungan yang tersisih dari arus pembangunan ekonomi di negeri itu pula dihuni oleh golongan ‘bukan Melayu’, khususnya orang ‘Cina’ yang menyokong DAP. Mereka-mereka ini hidup bagai ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Adakalanya, kais punya kais, langsung tak dapat makan…

Paling menyedihkan, rata-rata masyarakat ‘Cina’ yang merupakan penyokong tegar DAP hidup tertekan di seberang pulau. Bekerja di pulau, tapi tidak mampu untuk tinggal di pulau tersebut, meskipun sekadar menyewa. Hendak beli rumah, apatah lagi.

Sementelah tinggal di seberang pulau yang rendah sedikit kos sara hidupnya, golongan ‘Cina DAP’ ini pula sering dihantui kejadian banjir kilat dan kemudahan awam yang tidak sempurna. Derita mereka seolah-olah langsung tidak dipeduli oleh ‘orang Melayu’ yang hidup kaya-raya di pulau tersebut.

Khabarnya, ada seorang wakil rakyat yang menangis dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mengenangkan nasib golongan ‘bukan Melayu’ di kawasannya dan memohon bantuan dari kerajaan negeri. Begitu sekali dhaifnya golongan ‘bukan Melayu’ di Pulau Pinang?

Maka itu, penulis sendiri pun hairan mengapa pula Ku Nan mahu tolong lagi bangsa Melayu di Pulau Pinang? Bukankah orang ‘Melayu’ hidup aman damai, selesa, kaya-raya dan sangat terbela oleh Kerajaan DAP di sana, kan? Akhir kata, faham-faham sendirilah…

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!