Kehilangan Wang Dalam Forex: Kabinet Perlu Tubuh Suruhanjaya Di Raja

Share

Oleh Amin Yatim

1. Mesyuarat Kabinet esok perlu mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja menyiasat kerugian wang negara dalam “perjudian tukaran asing” 1993.

2. Suruhanjaya ini penting bagi menentukan berapakah kerugian sebenar Bank Negara Malaysia (BNM) dan mengapa bank pusat ini melakukan urusniaga tukaran asing secara robust dan besar-besaran.

3. Media asing ketika itu mendakwa BNM merupakan bank pusat paling aktif dalam pasaran tukaran asing.

4. Bagaimanakah sebuah negara sekecil Malaysia menjadi negara paling aktif membuat permainan berisiko dalam Forex sangat misteri.

5. Tambah misteri apabila sebelum ini kita dimaklumkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah kerugian RM 9 bilion hanyalah kerugian atas kertas.

6. Sebenarnya tidak ada terma “kehilangan atas kertas” dalam permainan Forex seperti pasaran saham biasa. Dalam Bursa Saham kita ada kerugian atas kertas kerana nilai saham jatuh tapi jumlah saham tidak hilang. Namun dalam pasaran Matawang kerugian itu adalah kerugian sebenar tanpa kemungkinan mendapat semula pulangan.

7. Bank Negara telah menjalankan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank negara, dengan kata lain memperjudikan kestabilan ekonomi negara dengan menggunakan rizab wang bank negara sehingga kerugian berpuluh billion ringgit dan menyebabkan krisis ekonomi terburuk negara dan beratus ribu orang hilang kerja.

8. Dalam masa yang sama bekas Naib Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Murad Khalid mendakwa jumlah kerugian sebenar jauh lebih banyak dari yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim iaitu sekitar RM 30 – 40 bilion

9. Atas sebab itu, kita mahu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat dan mencari punca kerugian terbesar ini.

10. Adakah terdapat individu dalam kerajaan yang membuat keuntungan melalui tindakan agresif BNM ini?

10. Ini bukan soal mahu menghukum sesiapa, namun sebagai sebuah negara yang mahu maju ke depan soal kerugian seperti ini harus dicari punca dan ditentukan kerugian sebenar bagi menjadi pedoman masa depan.

5 thoughts on “Kehilangan Wang Dalam Forex: Kabinet Perlu Tubuh Suruhanjaya Di Raja

  • February 7, 2017 at 8:18 pm
    Permalink

    Jom, kita jolok telor2 depa pulak….kita tengok sapa yang kenaaa..

    Reply
  • February 7, 2017 at 10:25 pm
    Permalink

    Jika seorang ditawarkan untuk bekerja dan dibayar RM 10 ribu sebulan dan tawaran kedua untuk duduk saja diam2 tapi masih dibayar RM 10 ribu sebulan, tentunya semua orang akan ambil tawaran ke2. Tidak akan ada orang yang pergi pada tawaran pertama kecuali mereka yang gila, nyanyok atau bahalol saja memilih untuk bekerja.

    Bekerja maklumlah kena keluar ikut waktu, balik ikut waktu. Pakai tenaga, pakai otak. Kena berinteraksi, kena menjawab soalan dan macam2 kena lagi. Pilihan bekerja akan hanya diambil jika memang tak ada pilihan lain. Susah ke , payah ke, penat ke sudah tidak jadi persoalan kerana dia memang kena berkerja. Lalu kerja dilakukan dengan setekun mungkin, seikhlas mungkin demi untuk menyara hidup sendiri dan tanggungan yang ada. Dalam situasi itu orang bekerja kerana terpaksa bekerja. Susah ke, payah ke, penat ke, letih ke semua tak timbul kerana memang dia kena bekerja jika tidak nak jadi apa, nak makan apa. Itu persoalan nya.

    Dalam kes mantan ini, dia memang terpaksa bekerja. maka sebab itu kita lihat dia sedang bekerja keras. Dia bekerja dengan mulut, dia berkerja dengan betis dan kaki. Kerja dia bercakap dan berdiri, maka beberapa anggota terbabit itu terpaksa digunakan dalam menjalankan tugasnya.

    Soalannya kenapa dia masih kena bekerja keras sedangkan umurnya sudah terlalu lanjut dan semestinya berehat dirumah main dengan cucu. Pergi bercuti rehat2. Pergi ketanah suci 3 bulan sekali. Maklumkan Mekah dan Madinah dua tempat yang semua muslim mengimpikan nya. Bersolat, berdoa semua berganda ganjaran nya.

    Fikir lah sendiri kenapa mantan tidak memilih privilage berehat tapi bekerja. Untuk selamatkan negara , negara memang sudah selamat. Rakyat tidak sakit, tidak cemas, tidak terseksa. Yang rasa demkian cuma yang berilusi saja. Untuk turunkan harga minyak, dia pun tahu tak boleh buat, kerana minyak turun naik mengikut harga pasaran dunia. Untuk mansohkan GST, dia pun tahu GST punca income negara.

    Jadi mantan bekerja untuk apa ? Jawab lah sendiri.

    Reply
  • February 8, 2017 at 12:14 am
    Permalink

    Madey ‘berak’ merata, takkan nak mengaku, betul tak?

    Reply
  • February 8, 2017 at 8:06 am
    Permalink

    Mahathir bekerja untuk Mukhriz, Mokhzani, Mirzan dan Marina.., tiap2 bulan anak2 dia bagi rm1 juta, pasal semua anak2 dia multi billionaire, celah gigi je rm1 juta tu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *