Entahlah, Apa Yang Hebat Sangat Pasal Zaid Masuk DAP?

Share

DILIHAT dari permukaannya, keputusan Zaid Ibrahim menyertai DAP hari ini adalah tindakan seorang lelaki menyertai DAP, dilihat dibawah permukaannya pun, ia adalah seorang lelaki memasuki DAP, malah dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza sekalipun, IA ADALAH SEORANG LELAKI MEMASUKI DAP.

Apa yang peliknya dengan ini sehingga Mahathir keluar dari pertapaan hampir 12 hari untuk menghadiri majlis tersebut? Ya, jaguh bersuara, jaguh bercakap dan jaguh segala jaguh ini tiba-tiba ‘hilang’ hampir 2 minggu, kebetulan pada masa yang sama isu kerugian Forex pertengahan 90-an yang dulu muncul semula – semata-mata untuk melihat Zaid masuk DAP.

Seolah-olahnya kemasukan itu mencatat sejarah yang tidak pernah tercatat dimana-mana dalam sejarah politik negara sebelum ini sehingga Mahathir perlu dilihat di dalam peristiwa itu.  Zaid masuk DAP pun, bukan masuk parti Mahathir.


Ya, betullah ini kali pertama Zaid menyertai DAP setelah sebelum itu masuk UMNO, PKR sehingga ke tahap menubuhkan parti sendiri pun masih tak berjumpa apa yang dicarinya dalam politik, tapi itu biasalah bagi orang politik berpindah-pindah parti. Banyak juga perempuan bersalin kali pertama tapi apa yang pelik dengannya? Perumpamaannyalah ni.

Zaid saja pun, bukan tokoh politik terhebat ke tersohor di seantero dunia pun. Sebelum dia, Ibrahim Ali dah terlebih dulu berpindah-pindah parti sehingga dipanggil Ibrahim Katak.

Kata kuncinya tu, historical eventnya dimana sehingga nampak macam penting sangat Zaid ini masuk DAP sampai Mahathir perlu ada disitu? Entahlah, kalau tanya penulis memang tak nampak.


Mungkin dah takde kerja sangat dah kot, apatah lagi baru-baru ini presiden partinya sendiri, mengakui bahawa UMNO telah berjaya menjadikan negara ini sebagai negara contoh. Ironinya, Pribumi ini ditubuhkan Mahathir semata-mata untuk melawan UMNO, datang Muhyiddin puji pulak.

5 thoughts on “Entahlah, Apa Yang Hebat Sangat Pasal Zaid Masuk DAP?

  • February 7, 2017 at 16:42
    Permalink

    Mantan itu hanya perlu dinding untuk bersandar, dahan untuk bergantong. Jika diambik konsensus berapa kerat sangat yang ada bersama dia. Dia rasa dia hebat, dia ramai pengikut. Tapi rakyat duluar sana fikir lain terhadap mantan.

    Bak kata Nazri , apa nak risau sangat dengan mantan yang sudah lanjut usianya. Apa dia boleh buat. Beri batu pada dia untuk baling cermin, tak pecah pun cermin. Itu pandangan Nazri. Penulis kekadang kurang setuju dengan Nazri yang nampak shrewd dan vokal dalam banyak hal, tetapi untuk yang ini penulis kena setuju 110% .

    Reply
  • February 7, 2017 at 16:57
    Permalink

    Kekadang kita rasa keliru dan pelik dengan cara PM menangani situasi ‘ perperangan ‘ yang beliau berada didalamnya . Cara terlalu defensive beliau buatkan kita jadi risau. Tiada attack kepintu goal, sekadar midfield saja. Tetapi dalam berbualan penulis dengan seorang yang rapat dengan salah seorang seorang pemimpin, itulah sebenarnya pendekatan yang dipilih PM.

    Beliau diam, tidak bercakap atau kurang bercakap mengenainya. Sesaolah, kalau anda ingin tahu issue AAAA itu anda cari lah sendiri, Anda baca, anda kaji, anda banding guna akal sendiri. Saya tetap macam ini, tetap dengan cara ini. Saya tidak akan kata anda salah atau benar . Kerana alah atau benarnya saya bukan anda atau saya yang tentukan.

    Saya akan terus begini. Saya tidak akan adakan ceramah, forum atau debat hanya untuk menjelas perkara ini dalam menjelaskan betapa benarnya saya.

    Cara PM cara insan penuh tawakkal. Beliau ada cara sendiri dan beliau dilihat mentaati cara yang beliau pilih sendiri… sehingga kini. Allah maha kaya, Dia jugak maha adil. PRU sudah hampir, mungkin 8 bulan dari sekarang (??) UMNO akan diadili dan kita yakin rakyat akan tahu jawapan untuk banyak persoalan selepas itu.

    Reply
  • February 8, 2017 at 00:25
    Permalink

    Zaid sekarang dah jadi ‘jalang’ DAP. Kat mana agaknya Zaid nak ‘mengangkang’ semasa PRU14 nanti? Zaid jadi ‘jalang’ untuk ‘Melayu screw Melayu’.

    Reply
  • February 8, 2017 at 07:55
    Permalink

    Sampah2 dlm umno boleh masuk kat tong sampah DAP, PKR dan PANtat

    Reply

Leave a Reply