‘Dewata Raya’ Dulu Tak Jual Tanah Agaknya…

Share

Kadang-kadang, rasa menyampah pula membaca hujah-hujah macai puak pembangkang khususnya ‘bunga raya’ yang begitu dangkal berbicara kononnya tanah di negara kita sedang dijual kepada warga asing.

Jika diteliti, mereka yang berhujah itu kebanyakkan masih ‘hingusan’ atau bak kata ‘dewata raya’ mereka, masih ‘kanyaq’. Mereka begitu taksub dan menyokong ‘dewata raya’ yang menjadi diktator selama 22 tahun itu.

Menyebut ungkapan 22 tahun, penulis suka untuk mengimbas kembali apa yang Pengerusi ‘bung raya’ buat ketika menjadi ‘individu paling berkuasa’ melebihi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara itu.


Kenapa lebih berkuasa dari Raja-Raja Melayu? Bukankah dia yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu melalui strategi tekanan di media-media di bawah kawalannya ketika itu? UMNO diharamkan, dia pecat pula Ketua Hakim Negara, berkuasa sungguh dia bukan?

Berbalik kepada isu ‘jual tanah’, penulis teringin sangat untuk menyuruh macai-macai ‘bunga raya’ itu mengukur setiap inci tanah di Pulau Langkawi. Cubalah ke pulau lagenda itu dan kaji sendiri berapa banyak tanah yang terjual diera ‘dewata raya’.

Kepada siapa tanah-tanah di Langkawi itu dijual? Kenapa tanah-tanah itu dijual? Apakah ia benar-benar dijual atau ada ‘perjanjian tertentu’ dan tanah itu diberi begitu saja dengan ‘timbal balas’? Alasan apakah yang digunakan untuk menjual tanah-tanah strategik di Langkawi?


Di mana pula hasil untuk rakyat di Langkawi yang rata-ratanya Melayu? Berbaloikah pampasan yang dibayar? Kayakah anak-anak Langkawi yang menjadi kuli tauke-tauke dan taikun-taikun itu? Bagaimana pula taikun-taikun itu melayan ‘dewata raya’ sebagai ‘timbal balas’?

Benarlah bahawa Langkawi maju dengan produk pelancongannya. Benarlah Langkawi kini mmbangun dan tidak seperti hikayat mitos sumpahan Mahsuri ‘padang jarak padang tekukur’ yang dicanang ketika pulau itu hendak dibangunkan dulu. Kononnya sumpahan sudah tamat?

Tapi tahukah macai-macai ‘bunga raya’ tentang apa yang berlaku ketika itu? Atau mereka masih lagi menyusu badan ibu masing-masing? Masih menggonggong botol susu dan punggung pun masih ‘hijau berlumut’ dibalut kain ‘napkin’?


Cuba kaji balik apa yang berlaku di zaman ‘dewata raya’ dulu. Dia tidak ‘jual tanah’? Orang yang membeli tanah itu tidak jual semula tanah yang dibeli kepada pihak lain? Apa status tanah-tanah itu? ‘Freehold’ atau kekal berstatus tanah rizab Melayu?

Orang Melayukah yang kaya raya dan membeli tanah-tanah di zaman ‘dewata raya’? Cuba lihat siapa kaya raya dan memiliki berekar-ekar tanah strategik di Langkawi. Siapa dan apa hubungan mereka dengan ‘dewata raya’. Boleh selidik?

Jadi, berhentilah tunjuk kebodohan diri sendiri dan membiarkan terus ditipu ‘mitos-mitos khayalan’ rekayasa ‘dewata raya’. Tapi kalau diberi ‘dedak’, maka teruskanlah tunjuk kejahilan diri sendiri itu kerana ramai yang akan ketawa berdekah-dekah…

2 thoughts on “‘Dewata Raya’ Dulu Tak Jual Tanah Agaknya…

  • February 8, 2017 at 00:36
    Permalink

    Madey dulu tak jual tanah, dia ‘beri percuma’, macamlah tanah tu pusaka tok nenek dia yang punya.

    Reply

Leave a Reply