Proton Hanyalah Sebuah Syarikat – Tak Lebih Tak Kurang
Tapi yang terlebih taksub tu, bukan kata kereta, nama anak pun ikut nama Mahathir juga (bukan Protonlah).
Apa pun, berita pengambil alih ini (kalau betul) sepatutnya diterima dengan gembira kerana ada juga orang nak mengambil alih Proton yang banyak masalah ni. Proton ni kalau berjaya sangat, lama dah Mirzan anak Mahathir ambil alih, syarikat Beer boleh ambil alih, takkan Proton tak boleh kan?
Masalahnya, takde pun dari kalangan anak-anak Mahathir yang billionwan tu sudi mengambil alihnya. Pandai pulak Mahathir tak arah anak dia ambil alih Proton ya sebab takut rugi la tu, sebaliknya, kerajaan pulak yang dituduh bermacam macam. Itu saja bukti Proton tidak menguntungkan dari sudut komersial.
Anyway, kenapa kerajaan nak terlibat dalam polemik ini ya? Lupa ke Proton ini bukan lagi anak syarikat kerajaan? Ia sudah lama menjadi syarikat swasta apabila DRB-Hicom mengambil alihnya dari Khazanah pada Januari tahun 2012.
Jadi kalau terjual pun kilang Proton di Tg Malim ini, ia adalah DRB-Hicomlah yang menjualkannya, bukan kerajaan. Yang penting pada kerajaan sekarang ialah bagaimana nak mendapatkan RM 1.5 billion pinjaman mudah yang diberikan kepada Proton tak lama dulu, itupun katanya nak mintak pinjam lagi, katanya lah.
Banyak betul masalah, eloklah kalau dijual pun apa yang patut. Proton ini hanyalah syarikat, tidak lebih dan tidak kurang. Apa syarikat pun terbuka kepada pengambilalihan, penutupan dan sebagainya. Hanya Mahathir saja yang menjadikannya Proton ‘khazanah negara’ dengan meletak statusnya kereta nasional sehingga ada yang faham ‘menjual’ Proton samalah seperti menjual negara.
Apa bodoh punya pemahaman macam itu?
kilang besar tapi tak gunakan kapisiti gunakan dengan sepenuhnya di tangjung malim itu cukup memalukan hanya dibiarkan kosong je lebih jual saham kilang di jual untuk mendapat suntikan modal , baru ini hanya kilang shan alam je beroparasi dengan sepenuhnya di pasaran tempatan dan export, tapi kilang tanjung malim biarkan kosong je berapa kereta hanya dibuat,,
pasang kererta model china untuk pasaran export
di samping itu model itu china boleh minta vendor tempatan bina alatan kereta untuk mereka.
kilang tangjung malim yg besar sepatut boleh buat upah pasang kereta lain jenama yg lain jika dia mahukan