Pengerusi ‘Puji’ BR1M, Presiden ‘Puji’ UMNO, Ni Kes Gila Talak Ke?

Share

BANYAK yang tidak baik mengenai UMNO telah diperkatakan Mahathir dan Muhyiddin selepas kedua-duanya keluar atau dikeluarkan dari UMNO.  Segala buruk ni UMNO semualah, yang baik itu mereka sahaja.  Kok ada yang baik mengenai UMNO, itu sebab Mahathir pernah jadi Presidennya atau Muhyiddin pernah jadi Timbalan presidennya.

Pujian atau kejayaan dimana melibatkan UMNO saja atau melibatkan UMNO/BN tu tak pernah, mesti nak ada kait dengan mereka jugak.  Bagaimanapun, setelah semua itu, tiba-tiba mutakhir ini ada perkembangan yang lain pula.

Belum beberapa lama selepas Mahathir membuat U-Turn dengan mengubah status BR1M dari tak baik (rasuah) kepada baik (tidak rasuah), kini Muhyiddin pula memuji UMNO/BN dalam hal berjaya mengemudi negara ini sehingga menjadi negara contoh, dari tak ada apa sehingga maju macam sekarang dan macam-macam lagi yang mana kalau dibaca macainya pembangkang, boleh berdarah mata.


Penulis sendiri pun menggigil tangan nak taip semula apa yang baik dikatakan Muhyiddin mengenai UMNO/BN ini, macam mimpi pulak rasanya.

Maka itu, kerana sudah banyak diperkatakan orang tentang U-Turn Mahathir dalam isu BR1M itu, penulis lebih gemar mengulas pujian Muhyiddin terhadap UMNO.  Ini kerana dengan tidak banyak tentang dasar UMNO ini yang berubah sekalipun Presiden sudah masuk yang ke-7, pujian Muhyiddin ini bermaksud UMNO/BN ini parti yang eloklah, yang baik., takkan ada maksud lain kot?

Ayat tu dah cukup menjelaskan, nak pusing kot mana pun tak jadi apa.


Jadi persoalannya sekarang, jadah apa pulak kita nak kena pilih parti selain dari UMNO?  Politik ini bukan berkenaan peribadi tapi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara – yang mana itulah diperjuangan UMNO selama ini.  Masalah peribadi boleh selesai pada waktu pertandingan, tak puas hati, calonkan sajalah diri bertanding apa saja jawatan pun – tapi bila kalah nak kena terimalah kekalahan dengan hati terbuka.

Apa pun, penulis kasihan kepada macai-macai Pribumi cap bunga ini.  Siang malam beratip UMNO buruk dan sebagainya, diakhirnya Presiden masing-masing memuji UMNO macam takde apa.  Atau mungkin Muhyiddin dah tak nampak masa depan ke sehingga takde pendekatan dipilih selain memuji UMNO/BN?

Ini pertama kali kalau tak salah penulis.  Anwar pun senasib kalau nak dikirakan dengan Muhyiddin (tolak bahagian liwat itu sajalah) tapi tak pernah dia dalam apa keadaan memuji kejayaan UMNO/BN sepanjang masuk pembangkang – sekali pun tak pernah.


Kepada Muhyiddin, tak payah sebut benda yang semua orang dah tahulah, buat geli ketiak saja tau, nakal.

Leave a Reply