Isu BR1M, Najib jelaskan mengapa Dr M buat pusingan U

Share

Oleh NURASLINDA NASIR

3 FEB : Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan U dengan mendakwa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah dedak sebelum ini kerana empat sebab utama, jelas Datuk Seri Najib Razak.

Kata Perdana Menteri menerusi blognya, Dr Mahathir mula sedar yang BR1M merupakan bantuan kewangan dimana BR1M banyak dijalankan di negara-negara seluruh dunia, malah ia diperakui pakar-pakar ekonomi sebagai langkah pemangkin ekonomi.


“Beliau sedia maklum kajian yang dibuat oleh penyelidik Bank Dunia dan Stanford membuktikan bahawa bantuan kewangan secara terus biasanya dibelanjakan secara berhemah seperti kebajikan keluarga, bukan menyebabkan mereka malas seperti dakwaannya.

“Rakan-rakan pembangkang pemimpin lama ini sendiri melaksanakan bantuan mirip BR1M seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi wang masuk sekolah untuk anak-anak Selangor dan Lim Guan Eng memberikan bantuan kewangan rakyat miskin di Pulau Pinang,” katanya.

Bantuan kewangan seperti BR1M diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya dapat meringankan beban sara hidup mereka.


Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menyatakan BR1M adalah dedak untuk rakyat.

Namun, beberapa minggu kemudian, beliau membuat pusingan U dengan menyatakan bahawa beliau akan meneruskan BR1M sekiranya pembangkang dapat memerintah negara.

Mengulas lanjut, Najib berkata BR1M diberikan kepada golongan berpendapatan rendah tidak kira ideologi politik.


“Tidak pula kita suruh mereka undi BN, lainlah kupon Azmin Ali yang terdapat muka beliau pada kupon wang tersebut. Malah kerajaan negeri Selangor lah banyak memberi insentif wang.

“Jadi, disebabkan 4 faktor inilah, pemimpin lama ini tiada pilihan lain selain membuat pusingan U dalam pendirian beliau dan kita semua tahu pusingan U yang dibuat oleh U-turn Mahathir ini bukanlah kali pertama,” ujarnya.

Sumber: https://www.bnbbc.my/isu-br1m-najib-jelaskan-mengapa-dr-m-buat-pusingan-u/

Leave a Reply