BN mesti menang PRU-14 dengan kekuatan sendiri

Share

PADANG RENGAS 5 Feb. – Barisan Nasional (BN) mesti memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan kekuatan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada parti lawan.



NAZRI ABDUL AZIZ
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpandangan, adalah sukar untuk BN bekerjasama dengan Pas, justeru beliau sama sekali tidak peduli dengan keupayaan parti lain.


“Kalau mereka memberikan kerjasama, itu merupakan satu bonus kepada kita. Jadi, pada saya, saya tidak peduli atau kisah keupayaan parti lain.



“Yang penting, kita mesti bekerja dengan kekuatan kita sendiri dan tidak boleh mengharapkan bantuan daripada parti lawan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan himpunan usahawan serta pelancaran Kelab Usahawanita Unggul Parlimen Padang Rengas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply