93.6% Cybertroopers & Pakatan Hilang ‘Telur’ Di PRK Tg Datu

Share

 

PROSES penamaan calon untuk PRK Tanjung Datu 18hb depan akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara BN yang diwakili Puan Sri Jamilah Hj Anu dengan calon dari parti tempatan Sarawak, Star dan PBDS Baru.

Dah kemana parti parti Pakatan Harapan? Hilang. Apa sudah jadi? Berbangga dengan penguasaan besar di media sosial katanya tapi bila ada PRK seperti ini, seorang calon pun tidak berani di letak. 

Seorang yang bertanding itu adalah bekas calon PAN dalam pilihanraya negeri yang lepas tapi kini dah wakil parti lain pulak, nampak sangat kekuatan tu tak ada harap persepsi saja untuk nampak gah tapi habuk pun tarak.

Penulis bukanlah nak memanjangkan polemik berkaitan penguasaan pembangkang di media sosial yang sudah pun reda, tapi pembangkang yang bangga dengan peratusan itu ketika diumumkan Timbalan Perdana Menteri beberapa minggu lepas, kenapa tak letak calon kalau rasa hebat sangat? Kata dah takde rakyat Malaysia akan sokong BN lagi dah kan.

Ini membuktikan bahawa proses pilihanraya di Malaysia tidak semua yang boleh diukur dengan banyak like atau share semata-mata. Ada banyak faktor faktor lain yang mengambil tempat dan apa yang berlaku di PRK Tg Datu ini adalah buktinya. 

Padahal kalau nak diikuti dengan situasi semasa seperti kenaikan harga minyak baru baru ini, kebanjiran komen 20 sen di akaun FB Perdana Menteri dan sebagainya, sepatutnya tidak ada masalah untuk parti-parti dalam Pakatan Harapan memberikan cabaran dalam PRK ini, tapi rupanya telur ke dalam jugak.

Keadaan ini sebenarnya, kalau tidak salah penulis, belum pernah berlaku dalam mana-mana pilihanraya kecil sejak 2008. Pakatan dalam apa keadaan pun pasti akan letak calon tak kira apa pun keadaannya. Kalau bukan nak menang, hanya untuk test power tapi LAWAN TETAP LAWAN.

Rupanya lawan tetap lawan dah jadi telur masuk ke dalam.  Rasa nak menangis pun ada. Cybertroopers ramai tapi semuanya tak berguna.

4 thoughts on “93.6% Cybertroopers & Pakatan Hilang ‘Telur’ Di PRK Tg Datu

  • February 4, 2017 at 23:40
    Permalink

    dikatakan wan azizah ada cuba picit nak keluarkan telur tu dari orang pkr di Sabah tapi tak berjaya…wan azizah pompuan manalah dia kuat picit nak keluarkan telur yang dah termasuk, kalau nurul izzah yang picit mesti ada calon pkr berani bertanding walaupun konpem hilang lagi duit deposit

    Reply
  • February 5, 2017 at 07:08
    Permalink

    Mereka semua itu hebat menulis blog. Hebat berceramah dan berpidato sahaja. Setakat itulah kebolehan mereka mereka. Saw dakallah hul ‘azim.

    Tapi dalam kehendakan kehidupan, apa yang sebenanrnya kita perlu ? Rancangan yang diatur, kerja yang dibuat dan akhirnya hasil dari kerja itu. Perut perlu diisi dengan makanan. Bukan sekadan bercakap berdentam berdentum.

    Itu lah sebenarnya hakikat pembangkang negara ini. Mereka handal mulut. Tenaga tak ada, otak tak pakai.

    Reply
  • February 5, 2017 at 14:42
    Permalink

    Pembangkang hidup mereka dengan percepsi. Hidup mereka juga bersandar pada ilusi. Apabila DAP berkempen selamatkan Malaysia dari bankrap. Bankrap maknanya tak ada duit. Jatuh Miskin lalu jadi papa kedana.

    Bankrap itu sebuah ilusi ciptaan DAP. Hebat sungguh bunyinya. Lepas berilusi, mereka pun kononnya berkerja membetulkan ilusi itu. Apa mereka telah buat ? Zero. tak apa apa yang mereka buat, pasal negara bukan bankrap.

    Reply

Leave a Reply