Pakatan Harapan Carca Marba

KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengulangi dengan angkuh bahawa tidak ada ruang untuk DAP bekerjasama dengan PAS sedangkan beberapa hari yang lalu Lim Kit Siang dilaporkan berkata, beliau sanggup kembali bergabung dengan PAS untuk menyelamatkan negara daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Namun keinginan DAP untuk kembali menjalin kerjasama dengan PAS semata-mata untuk kepentingan parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjaya dihidu oleh PAS. Perkara ini mendorong PAS menolak hasrat DAP tersebut.

Rakyat melihat DAP sebagai parti yang tidak mempunyai pendirian, angkuh, sombong dan bongkak. Mereka seolah-olah melihat rakyat sebagai entiti yang bodoh dan mampu ditipu pada bila-bila masa dengan sesuka hati mereka.

Kenyataan yang tidak selari antara Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang turut mencetuskan tanda tanya dikalangan pemerhati politik tanahair. Adakah Lim Kit Siang hanya merujuk dan berbincang dengan rakan sekutunya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad semata-mata tanpa mendapat persetujuan Lim Guan Eng?

Malah ada pihak yang lebih berani telah menganggap tindakan Lim Kit Siang itu disebabkan Lim Guan Eng bakal meringkuk dalam penjara dalam masa terdekat atas jenayah salahlaku guna kuasa.

Isu perjumpaan sulit Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) dan parti PAS bagi membincangkan kerjasama antara mereka semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Kira-kira dua tahun lalu, DAP mengumumkan memutuskan hubungan dengan PAS kerana tidak bersetuju dengan agenda parti tersebut.

Setelah Lim Kit Siang gagal memujuk PAS untuk bekerjasama atas alasan menyelamatkan negara daripada menjadi kleptokrasi dunia maka mereka dilihat menghantar PPBM pula untuk menjalankan misi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Cuma keadaan dilihat sering berubah dari segi hala tuju dan sebagainya. Kini Setiausaha Agung itu mempersoalkan pendirian PAS berhubung bekerjasama dengan PPBM pada PRU14 akan datang. Beliau mendakwa kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bercanggah dengan keputusan mesyuarat pada Rabu lalu antara PPBM-PAS yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tmbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mukhriz juga seolah-olah keliru berhubung perkara itu. Hadi dipetik dalam akhbar New Straits Times sebagai berkata, “Sebarang keputusan rasmi perlu secara kolektif dibuat oleh jawatankuasa pusat PAS dan bukan oleh seorang individu”.

Selain daripada itu juga, ramai pihak mempersoalkan usaha kerjasama PPBM dan PAS memandangkan kini Lim Guan Eng turut mengulangi bahawa tidak ada ruang untuk DAP bekerjasama dengan PAS. Hadi pula berkata “pintu masih ditutup” kepada DAP tetapi terbuka kepada PPBM.

Keadaan memang amat mengelirukan jika benar DAP sudah bermusuh dengan PAS, mengapa PPBM mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS? Adakah PPBM tidak menghormati DAP? Kesimpulannya Pakatan Harapan memang carca marba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *