Kahwinkan Gay Lagi Mudah Dari Gabungkan PAS-Pribumi

Share

HARI ini sepatutnya sudah ada kesudahan kepada perbincangan kerjasama PAS dan parti cap bunga Pribumi.  Tapi nampaknya berdasarkan kenyataan semalam, tidak ada apa yang bergerak kerana syarat yang Pribumi memutus dulu kerjasama dengan DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan seperti yang dituntut PAS.

Yang PAS pun, kenapa minta syarat macam itu?

Ini sama seperti minta Mahathir memutus hubungan dengan Daim kalau nak bekerjasama dengan Anwar, Daim tu!!  Lagi baik suruh Mahathir potong anu saja dari suruh dia berpisah dengan Daim – sama saja kesannya.

Tak hairan adegan bersalam dengan Anwar tahun lepas, hilang momentum, tidak ada seumpamanya boleh dilihat selepas dari itu walaupun Anwar beberapa kali keluar penjara untuk menghadiri pelbagai kes di Mahkamah.

Balik pada rundingan kerjasama PAS-Pribumi yang gagal tadi.

Keseluruhan episod ini kalau dipandang memang rancangan orang nyanyuk.  PAS ini telah dipecah belahkan oleh DAP dengan menubuhkan PAN.  Disebabkan ini, PAS hilang hampir separuh wakil rakyat dan lebih 100 ribu ahli secara rasmi, yang tak rasmi (Mahfuz contohnya), yang bermuka-muka, yang takut bai’ah talak tiga dan sebagainya, tak campur lagi.

Mana logiknya PAS bekerjasama dengan Pribumi kalau dalam masa yang sama, Pribumi turut bekerjasama dengan pihak yang memecah belahkan parti tersebut?  Apa PAS tak suruh Pribumi kerjasama dengan UMNO saja, barulah setaraf dari segi ‘kegilaan’ yang sama ye tak?

Nampaknya, ada juga yang mati celik ni kang.  Sana tak jadi sini tak jadi, apa pun tak jadi.  Impian nak bertanding satu lawan satu dengan BN dalam PRU14 akan datang akan tinggal impian sajalah, atau dalam konteks ni, tinggal harapan.

2 thoughts on “Kahwinkan Gay Lagi Mudah Dari Gabungkan PAS-Pribumi

  • February 3, 2017 at 11:08
    Permalink

    PAS kena main dengan DAP dari zaman Semangat 46 dulu sampaila zaman PKR. Takkan nak kena main lagi kot.

    Reply
  • February 3, 2017 at 14:27
    Permalink

    Hampir pasti bahawa pas pandang dap sebuah tunggul kayu reput . Kayu reput tak Ada nilai . Sepatutnya lah dap Di pandang serupa itu kerana dap kaki kencing.

    Namun, ini satu cerita politik. Kisah politic. Perihal politic . Cerita pasal politic berbagai Hal mampu berlaku . Siapa sangka M Akan muah, muah dengan Lks . M boleh dakap anwar. Mutakhir, dakap dengan muah itu macam bakal bertukar jadi benda lain pulak . Kalau isu BNM dapat dimain dengan baiknya Kita bakal lihat perubahan itu .

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!