Ringgit Mengukuh, Getah Naik, Sawit Naik, Tak Siapa Peduli Ke?

Share

DARI November 2014 sehinggalah semalam dimana harga minyak di pam berada dibawah paras RM 2.30, pembangkang menyerang kerajaan dengan menjadikan isu kejatuhan matawang serta kejatuhan komoditi lain sepanjang tempoh itu sebagai modal menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

Nampak sangat masa turun tak puji apa pun sebaliknya dia kutuk benda lain yang jatuh selari harga minyak tapi bila minyak naik, bab benda lain yang juga naik, dia buat tak nampak.  Buktinya tak siapa di kalangan balaci hari ini yang bercakap tentang pengukuhan ringgit, kenaikan harga getah dan sawit, semua sibuk berkata tentang harga minyak saja seolah inilah paling tinggi yang kita pernah kena.

Ringgit semakin mengukuh kepada RM 4.42/dollar berbanding awal bulan lalu hampir menyentuh RM 4.50/dollar. Harga getah SMR setakat semalam dah cecah RM 12/kg – bermaksud, penoreh getah ini akan dapat separuh dari itu atau dalam lingkungan RM 6/kg.  Semua ini tak disebut pulak, hanya bab minyak naik saja.


Apa makna semua ini kepada rakyat?  Inilah yang selalu dikatakan bahawa bahawa pembangkang akan sentiasa ada isu untuk memburukkan kerajaan, bukan dia peduli sangat pun apa yang naik dan apa yang turun.  Semua itu tidak ada makna kepada Pakatan, hanya bagaimana nak hasut rakyat supaya bencikan kerajaan.  Masa minyak rendah, kutuk duit jatuh, masa minyak tinggi, tak sebut pulak duit pun naik.

Ini permainan mereka.  Sehingga diakhirnya, semua kondem kondeman tentang minyak di media sosial hari ini, tidak lebih dari cakap-cakap politik sahaja, tak lebih dan tak kurang.

Yang penting untuk rakyat tahu ialah dalam soal harga minyak ini ialah, kerajaan tidak lagi memberikan subsidi.  Subsidi minyak ini telah ditukar kepada BR1M yang akan diterima pada pertengahan bulan ini untuk rakyat Malaysia yang LAYAK menerimanya sahaja.  Yang pendapatan dalam kategori tertentu atau pakai Porsche, rumah macam Disneyland dan sebagainya, tak merasalah.


Justeru, kenaikan terbaru ini tidak akan membebankan golongan berpendapatan sederhana rendah kerana kenaikan ini akan ditampung dengan BR1M.  Tak hairanlah kenapa kebelakangan ini tidak lagi berlaku insiden stesen minyak diserbu setiap kali sebelum tengah malam pada hujung bulan sebab rakyat dah mula menerima pembaharuan dalam skim pengagihan subsidi yang diperkenalkan kerajaan.

3 thoughts on “Ringgit Mengukuh, Getah Naik, Sawit Naik, Tak Siapa Peduli Ke?

  • February 2, 2017 at 10:47
    Permalink

    Perihal dunia ini sesiapa yg tak terkena pd batang hidungnya kesengsaraan atau kesukaran maka apa-apa yg berlaku dalam negara tidak memberikan apa kesan pun untuknya.
    Jadi golongan ini tidak melihat kepincangan dan kelicikan sipenipu. Golongan ini menyokong dan terus menyokong malah mencari-cari keaiban lampau utk diutarakan semula.
    Kepentingan diri begini membunuh rakyat yg tertindas dgn cara yg halus.
    Bila hutang negara dah langsai baru boleh tarik diri atau kalah pun tak apa sebab boleh bermegah kerana hutang negara tiada lg dan boleh menunjukkan kononnya inilah kecerdikan pimpinan.
    Hidup di dunia ini adalah sandiwara manusia sehingga lupa janji Allah yg mengatakan manusia itu tetap hamba. Maka dilahirkan didunia utk taat hanya pd Allah. Nak taat dgn Allah adalah dgn beramal dgn ajaran Allah. Berlaku adil dan amanah sesama manusia.

    Reply
  • February 3, 2017 at 22:30
    Permalink

    Beberapa negara lain juga menaikkan harga petrol di negara mereka mulai Feb 2017. Antaranya adalah Nigeria, UK, Mexico, South Afrika dan Pakistan. Tunjukkan kpd rakyat Msia supaya mereka memahami keadaan. Bkn Msia saja menaikkan harga petrol.

    Reply

Leave a Reply