Kempen Mesra Alam Ala Elizabeth Wong

Puas menepis segala kritikan, kadang-kadang kita terfikir apa yang menyebabkan Pengerusi Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong tetap dengan pendirian untuk menyokong caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna.

Yang lebih menghairankan, cadangan yang cukup popular di kalangan rakyat, iaitu penggunaan beg kertas mesra alam sebagai alternatif dipandang sepi pula oleh orang yang bertanggungjawab kononnya menjaga alam sekitar. Apa muslihat di sebalik tindakan tersebut?

Enggan memansuhkan terus penggunaan plastik, apakah ada pihak-pihak yang cuba dilindungi oleh Elizabeth? Sudahlah kutipan 20 sen itu masuk terus ke karung wang peniaga, tidakkah kerajaan negeri Selangor sedar bahawa dalam isu ini, segalanya memberi keuntungan kepada peniaga.

Mengapa peniaga didahulukan, dan rakyat diketepikan?

Mungkin itulah satu-satunya yang terdaya dilakukan oleh Pengerusi Pelancongan dan Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, sedang dalam portfolionya yang panjang lebar itu, tiada apa yang boleh diklasifikasikan sebagai “buat kerja”. Maka, inilah satu-satu perkara yang boleh dibanggakan dan dijadikan bukti kononnya dia “buat kerja”. Oleh yang demikian, dia perlu terus mempertahankan polisi itu, kerana jika gagal pun, ia tidak merugikan peniaga, malah rakyat bakal menjadi tudingan kelak.

Penduduk Selangor yang mahu berfikir, tentunya tertanya-tanya ke mana hilangnya wang kutipan yang dikenakan kepada mereka. Hairan, kerana kerajaan negeri sering mendabik dada, kononnya mereka lah yang paling telus, dan “transparent” dalam mentadbir negeri. Dengan arahan yang dikeluarkan berhubung caj 20 sen, mengapa tidak kutipan wang rakyat tersebut diaudit, agar segalanya jelas dan telus.

Ke mana sebenarnya wang itu akan disalurkan? Kempen mesra alam sudah bertukar kepada kempen mesra peniaga.

2 thoughts on “Kempen Mesra Alam Ala Elizabeth Wong

  • January 31, 2017 at 8:35 PM
    Permalink

    Dia ni dulu penyedap Helmi Malik, mana mamat tu sekarang..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.