Asal Sokong Pakatan, Lesap Duit Billion-Billion Pun Boleh ‘Kawtim’

 

PAPARAN di atas diambil pada tahun 2012 – kira kira 5 tahun yang dulu.  Keadaannya sekarang sudah tentulah berbeza sebab yang nak ‘disiasat’ ni dah menyokong yang sebelah sana.  Maksudnya kalau mereka jadi kerajaan pun selepas PRU14, Mahathir tak perlu runsing untuk mati dalam penjara kerana kes RM 30 billion wang rakyat yang lesap ni – senang cakapnyalah.

Sebab itu dibangkitkan isu ini sekarang untuk rakyat melihat bahawa jangan termakan sangat konon perjuangan Pakatan ini untuk kita semua.  Tidak sama sekali.  Perjuangan Pakatan hanyalah untuk kepentingan mereka dan mereka sahaja.

Buktinya macam di ataslah.  Masa Mahathir dalam UMNO, segala macam kesalahannya nak dibongkarkan dan segala macam tindakan nak dikenakan, tapi sekarang bila Mahathir dah bersama mereka, apa yang disalakkan dulu, hilang macam itu saja.  Apa yang tak pernah digelar kepada Mahathir dulu, penyangak, kepala perompak dek sebab isu duit lesap ini sahaja, sekarang dah tak apa-apa nampaknya.

Kalau dimasa hadapan, Najib menyokong Pakatan seperti mana Mahathir menyokong Pakatan hari ini, Najib juga akan dianggap sebagai manusia suci.  Apa penyamun, apa perompak dan apa label yang jahat-jahat dikatakan tentang beliau hari ini, akan lesap – macam mana RM 30 billion yang lesap zaman Mahathir itu jugaklah.

Apatah lagi, memang tidak ada bukti apa pun Najib ini melesapkan satu sen wang negara, tak sukar Pakatan mengubah pendirian itu begitu saja kalau Najib menyokong Pakatan seperti mana Mahathir hari ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.