Usul Atau Terus Hukum Gantung Annuar Musa Dari Jawatan Pengerusi Mara

Share
Annuar Musa

RAKYAT keliru dengan situasi terbaru Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang seolah-olah wujud beberapa tangan ghaib. Buat masa ini, beberapa pihak dilihat cuba “lepas tangan” manakala beberapa pihak lain pula seolah-olah telah menjatuhkan hukum sehingga kita makin keliru antara perkataan usul dengan hukuman.

Pagi tadi mesyuarat pegawai atasan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dikatakan membuat cadangan supaya pengerusi agensi kerajaan itu, Tan Sri Annuar Musa, digantung tugas. Namun berita yang tersebar mengatakan bahawa Annuar Musa digantung tugas berkuatkuasa serta merta.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut sedangkan MARA terletak di bawah kementerian Ismail Sabri. Jika  Ismail Sabri menegaskan bahawa beliau memang tidak tahu menahu mengenai keputusan dicapai Ahli Majlis MARA itu maka ini bermakna beliau tidak menjalankan tugas yang sepatutnya. Atau mungkinkah wujud isu lain yang tidak kita ketahui?


Malah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum dimaklumkan mengenainya. Untuk makluman kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.

Mungkinkah  isu penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang kononnya “dipaksa” untuk menaja skuad Liga Super Kelantan merupakan penyebab kepada masalah tersebut sedangkan Annuar Musa telah menafikan perkara tersebut. Menurut beliau MARA tidak pernah menaja” walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).

Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000. Dalam perkara ini, Annuar Musa perlu diberi peluang untuk membela diri dengan adil.


Annuar yang juga ketua penerangan Umno kini berada di New Zealand atas urusan rasmi bagi pihak MARA. Beliau dilihat berada dalam keadaan tenang demi untuk kepentingan parti. Sebagai penjawat jawatan yang dilantik, beliau menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam rangka menjalankan tugas yag diamanahkan.

Sebenarnya memang bukan mudah untuk melihat seorang pemimpin yang setabah Annuar Musa. Beliau sentiasa meletakan parti sebagai keutamaan. Kita telah lihat dalam sejarah bagaimana pemimpin yang kecewa gagal mengawal perasaan sehingga sanggup memudaratkan parti demi kepentingan peribadi. “We salute you”.

3 thoughts on “Usul Atau Terus Hukum Gantung Annuar Musa Dari Jawatan Pengerusi Mara

  • February 1, 2017 at 07:28
    Permalink

    Yang paling hairan nya ..cepat betul SPRM masuk untuk menyiasat bila ianya melibatkan orang kerajaan tetapi bila melibatkan anggota pembankang..walaupun berpuluh laporan telah dilakukan tapi apa hasilnya..cth kes ketua wanita PKR dan anak ikannya nya yang secara tiba2 je menjadi jutawan..senyap jee.

    Reply
  • February 1, 2017 at 08:42
    Permalink

    Tajaan percuma atau tidak itu no.2, tapi no.1,MARA hak rakyat bersama..kenapa pi taja kelab tertentu..sekali pun dia tak ambil satu sen pun, tapi tindakan itu satu kesalahan..silly mistake.

    Reply

Leave a Reply