Annuar Musa berlapang dada

ANNUAR Musa menerusi laman Facebooknya menerima keputusan Ahli Mara yang menggantung jawatannya sebagai Pengerusi badan itu dengan berlapang dada biarpun tidak pernah dipanggil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit. – UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 31 Jan. – Tan Sri Annuar Musa menerima keputusan Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menggantung jawatannya sebagai Pengerusi badan itu dengan berlapang dada biarpun tidak pernah dipanggil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit.

Serentak dengan itu, beliau yang kini berada di New Zealand membatalkan semua program rasminya sebagai Pengerusi Mara di negara tersebut dan akan berlepas pulang ke tanah air Khamis ini.
Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai mesyuarat khas ahli majlis Mara tersebut kerana mesyuarat tersebut dijadualkan pada 14 Februari depan.

“Kira-kira sejam lalu saya menerima panggilan telefon daripada Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Mara, Datuk Dr. Yusof yaacob memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat khas majlis atas restu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya dimaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Dr. Yusof itu telah mengambil keputusan menggantung saya serta merta dari tugas saya sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd.,” katanya dalam laman sosial facebook miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/annuar-musa-berlapang-dada-1.438645#sthash.SLFGG3kj.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *