Skandal Forex Zaman Mahathir: Siapa Terlibat Ni, Jangan Kata Tidur, Mati Pun Tak Boleh Dibiar Aman

Share

IA adalah sekitar Jun atau Julai 1997 bila kejatuhan saham mula melanda negara.  Setengah hari dalam satu tempoh diantara itu, masa dihabiskan mengikut arwah kawan (pemain saham kecil-kecilan) mendengar remiser memberi penerangan – tambah duit dalam pelaburan untuk elak dari berhutang.

Modal?  Secara teknikalnya pada hari perbincangan diadakan, sudah hilang – sesuatu yang hanya penulis fahami lama kemudian.

Tak lama selepas itu, satu persatu ‘tiang’ ekonomi negara runtuh seperti pasaran mawatang, bank-bank (akibat hutang tak berbayar meningkat), kehilangan pekerjaan, banyak syarikat ditutup dan sebagainya.  Dahlah negara baru kerugian berbillion ringgit 3 tahun sebelum itu kerana Bank Negara berjudi di pasaran matawang antarabangsa, dah kena krisis ekonomi dan matawang sekali.


Bila kena soal, Mahathir, Perdana Menteri ketika itu mengatakan, George Soros adalah punca kepada krisis tersebut.  Rakyat sehingga ke tahap diminta Mahathir agar bersedia mencairkan emas dalam simpanan masing-masing untuk membantu kerajaan memulihkan ekonomi ketika itu – sesuatu yang kita tidak pernah lihat berlaku pada zaman ini.

Pun rakyat tak nampak salah sebab Mahathir kata Soros punca, bukan dia.  Tapi setelah 16 tahun, tiba-tiba Mahathir U-Turn, dah Soros bukan punca kepada kejatuhan tersebut pulak.

Sekarang, rakyat tahu diberitahu  bahawa kerugian Bank Negara dalam perjudian Forex tahun 1994 dulu yang dilaporkan pada ketika itu hanya sekitar mencecah RM 6 billion, rupanya jauh lebih besar dari itu – sekitar RM 30 billion (atau lebih tinggi).


Digabungkan sekali, mungkin memang betul bukan Soros punca krisis ekonomi 1997 seperti yang diakui sendiri Mahathir, tapi adakah kerugian berpuluh billion Bank Negara dalam skandal forex tiga tahun sebelum itu yang menjadi punca sebenarnya?  

Kalau betul itulah punca sebenarnya, dalang skandal 1994 ini wajib dikenakan tindakan tegas sekarang sebab perbuatan dia telah menyebabkan ramai rakyat menjadi susah (betul-betul susah, bukan digambarkan susah macam hari ini).  Bukan sekejap, lama pulak tu sebab kegawatan ekonomi 1997 hanya diakui berjaya ditangani 4 tahun selepas itu.

Apa pun, bodoh macam mana Perdana Menteri ketika itu (1993-1994) sampai tak tahu berbillion duit rakyat hilang di depan matanya, kata terer?  Kalau tak terlibat menghilangkan sekalipun, terlibat kerana kecuaianlah.  Mana mana pun yang penting sekarang, kepada sesiapa yang berkenaa, jangan kata tidur, mati pun (kalau boleh, tak aman.


4 thoughts on “Skandal Forex Zaman Mahathir: Siapa Terlibat Ni, Jangan Kata Tidur, Mati Pun Tak Boleh Dibiar Aman

  • January 30, 2017 at 20:50
    Permalink

    Mahathir jadikan Bank Negara mcm casino, dia berjudi sakan, nk berjudi hak dia lah, tapi jgn guna duit rakyat (BNM)..1997 tahun malapetaka bagi Malaysia, saham jatuh, bank tkda duit nk bagi loan, perniagaan banyak yg gulung tikar, ramai di berhenti kan kerja…aku sendiri hampir muflis gara2 kad kredit…

    Reply
  • January 30, 2017 at 21:15
    Permalink

    Kita Harap semua pihak bertindak serious keatas Isu ini kali ini kerana kita ingin sekali melihat dalang2 itu diseret kemuka pengadilan.

    Kita benar2 mahu lihat kebenaran satu pepatah ingggeris bahawa a person who digs a grave for his brother , he himself falls into it .

    Reply
  • January 30, 2017 at 22:53
    Permalink

    30 billion…oh banyaknya duit negara duit rakyat. Banyak duit rupanya Malaysia. Kemiskinan rakyat diwariskan pula kepada pengganti.

    Reply

Leave a Reply