Siapa Sebenarnya Yang Disampuk ‘Sawan Gila Dirasuk Hantu’?

Share

Sebelum ini, ramai puak pembangkang begitu ghairah mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, kononnya bila-bila masa saja beliau akan ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat jika berkunjung ke negara kuasa barat itu.

Alasan mereka cuma membabitkan tentang pertuduhan yang dibuat oleh DoJ yang kononnya melibatkan MO1. Padahal, siapa yang mahir dengan bahasa perundangan akan mudah mendapati bahawa yang dituduh bukannya MO1 pun. Bebal atau tidak pemikiran mereka, fikirkan sendiri.

Sementelah itu, tiba-tiba saja CIA mendedahkan beberapa keping dokumen yang sebelum ini dianggap sebagai ‘classified’ dan kini telah diumum sebagai ‘declassified’. Bila didapati dokumen itu menyebut tentang skandal membabitkan ‘dewata raya’ mereka, maka meroyan sakanlah mereka dibuatnya…

Melatah tidak tentu hala, tiba-tiba saja mereka menuduh pihak berkuasa Amerika Syarikat itu kononnya berpakat dengan Najib untuk menjejaskan nama baik Pengerusi ‘Bunga Raya’?! Sekejap katanya mereka mahu tangkap Najib, sekejap kata mereka berpakat pula dengan Najib? Mana satu yang betul? Atau otak puak pembangkang itu yang tidak betul?

Siapa yang menuduh begitu? Siapa lagi kalau pemimpin PAS dari utara yang begitu terkenal dengan label ‘harum manis’! Siapa agaknya yang menghidap penyakit ‘sawan gila dirasuk hantu’ bagai dikata? Jadi begitu kerana dalam hati sudah berniat untuk ‘langgar bai’ah’ PRU ke-13?

Pada pandangan penulis, puak pembangkang seharusnya bertenang saja dan tidak gelabah ‘biawak’ mengenai pendedahan CIA itu. Lagipun, belum ada lagi mahkamah dalam dunia yang mengesahkan Pengerusi ‘Bunga Raya’ bersalah dalam skandal berkenaan. Kenapa ‘bercempera’ bagai kera terkena belacan?

CIA hanya mendedahkan skandal yang sudah berusia lebih kurang 30 tahun saja. Tiada sebarang keputusan atau ‘judicial precedent’ berhubung skandal berbilion USD itu pun. Cuma adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai skandal tersebut, bukan?

Namun, sekiranya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai skandal BMF itu, boleh juga bertanya kepada penulis ‘tersohor’, Lim Kit Siang, yang pernah menulis buku yang bertajuk ‘The BMF Scandal’ terbitan 1983. Penulis yakin, jika buku itu diulang cetak sekarang, mungkin penulisnya boleh kaya raya…

Penulis yakin, penulis buku itu banyak maklumat dan fakta mengenai skandal BMF itu. Jika tidak, masakan dia mampu untuk mengarang sebuah buku mengenainya, bukan? Cuma, Ahli Parlimen ‘harum manis’ itu perlu faham bahasa Inggeris terlebih dahulu kerana buku tersebut ditulis dalam bahasa asing tersebut.

Sekadar bertanya pada penulis buku saja, rasanya itu tidak memadai untuk mengetahui kebenaran di sebalik skandal yang membabitkan wang rakyat tersebut. Khabarnya ada yang menjadi mangsa bunuh ketika menyiasat mengenai skandal panas itu.

Jadi, untuk tidak menjadikan kematian itu sebagai sesuatu yang sia-sia, penulis menyarankan supaya Ahli Parlimen ‘harum manis’ itu dan penulis buku ‘The BMF Scandal’ tersebut buat ‘tagteam’ dan mendesak supaya skandal tersebut dibongkar hingga ke lubang cacing.

Itupun kalau benarlah Ahli Parlimen dan penulis buku itu betul-betul ikhlas untuk mencari kebenaranlah. Namun jika sekadar menjaja retorik kosong dan bersikap ‘double standard’, maka fikirkan sendiri siapa sebenarnya yang mengidap penyakit ‘sawan gila dirasuk hantu’…

3 thoughts on “Siapa Sebenarnya Yang Disampuk ‘Sawan Gila Dirasuk Hantu’?

  • January 28, 2017 at 21:27
    Permalink

    Ramai mereka Kaum pencacai pengangkat najis itu tunggu dengan teruja satu tarikh yang konon Nya Akan menyeret PM kemuka pengadilan lalu seterusnya tercapailah cita2 mereka melihat bertukar Nya Tampok pemerintahan negara. Tarikh itu semua bersangkutan dengan Apa yang dibuat olih AG berkulit Hitam USA. Namun tarikh itu datang Dan pergi .

    Apa yang pencacai itu sedar bahawa seharusnya otak mereka Di letak ditempat yang betul.

    Selepas itu adjustment pun dibuat, Dari Lubang buntut mereka alih kekepala Ye ini ditempat asal dimana otak itu ter letak . Tapi, biasa lah yang tidak waras tetap Akan terus jadi tak waras sepanjang hayat mereka.

    Reply
  • January 28, 2017 at 21:31
    Permalink

    Kini kita tunggu pulak mentor mereka Bakal diseret. Nafi lah mereka semahunya, sama2 kita lihat umpan mana yang dimakan ikan.

    Jerat tidak lupakan pelandok, Malah pelandok yang sering ter lupa jerat.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!