Mahathir Berada Dalam Keadaan Pelik Dengan Pendedahan Terbaru Skandal BMF, Tukaran Wang Asing – Salleh

Share

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Seri Salleh Said Keruak berkata dengan pendedahan terbaharu berhubung skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) dan tukaran wang asing meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan begitu pelik.

Beliau berkata posting terbaharu bekas perdana menteri itu mengenai isu tersebut dalam blognya mendedahkan sikap hipokrasi dan dolak-dalik beliau.

“Dengan cubaannya untuk menjelaskan isu berkenaan dan menganggapnya sebagai tiada benda, ia jelas mendedahkan hipokrasi dan kepura-puraan beliau.


“Ini adalah kesimpulan yang setiap orang boleh buat dengan sikap sangat bertahan dalam posting chedet.com,” kata Salleh dalam blognya http://sskeruak.blogspot.my/, malam tadi.

Beliau berkata tanpa boleh dipersoalkan, laporan Agensi Risikan Pusat (CIA) menunjukkan kebertanggungjawaban Mahathir dalam kehilangan mega bilion yang dialami negara.

Salleh berkata sebagai biasa, Mahathir menyalahkan orang lain kecuali dirinya bagi bencana kewangan yang disebutkan itu.


Beliau berkata skandal tersebut membuatkan Mahathir sebagai orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan pakai alasan 1Malaysia Development Berhad 1MDB.

“Sementara Mahathir enggan menerima tanggungjawab kepada skandal BMF dan tukaran wang asing, beliau menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Kebenarannya ialah 1MDB telah disabotaj untuk dijadikan satu masalah dan ia bermula dengan sabotaj terhadap IPO (tawaran permulaan awamnya),” katanya.


— BERNAMA

6 thoughts on “Mahathir Berada Dalam Keadaan Pelik Dengan Pendedahan Terbaru Skandal BMF, Tukaran Wang Asing – Salleh

  • January 28, 2017 at 18:48
    Permalink

    Selama ini M anggap keranda yang Ada Di dalam Nya segala rahsia, dokumen Serta bukti mengenai BNM rugi duit dalam judi forex yg didalangi Nya Dan BNM skandal yg rugi berbilion RM , sudah tertutup kempas dengan bolt and nut .

    Tanpa Dia sangka tertiba CIA menggesa siasatan keatas kedua Nya . CIA ini America. Mereka yang Di Harap nenangkap Najib kini mula mahu menangkap Dia . Ha ha

    Reply
  • January 29, 2017 at 01:27
    Permalink

    pasti menggelabah mahathir sekarang ini sampai terpaksa menyuruh balaci menghungungi & membuat perbincangan(dengan upah dedak) dengan orang tertentu dalam BNM supaya membuat siasatan & laporan yang tidak mencemar lagi imejnya berhubung ‘skandal FOREX’ seperti yang diminta SPRM supaya berbuat begitu terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil

    apa rakyat harapkan BNM akan membuat siasatan & laporan yang komprehensif lengkap dengan segala penerangan tentang bagaimana negara boleh kehilangan lebih USD$44 bilion dalam FOREX semasa mahathir menjadi PM & anwar menjadi menteri kewangan pada tahun 1991 sehingga 1993 dahulu

    mantera ‘Save Malaysia’ pembangkang untuk PRU14 sebenarnya telah memakan diri mereka serba sedikit sekarang ini atau ‘backfired’ bak kata omputeh…sebelum terlambat, ‘Save Malaysia’ sebenarnya harus ditukar dengan ‘Save DAP, PKR & PAN from mahathir’ dengan secepat mungkin jika mahu selamat…PAS harus juga tahu menyelamatkan diri mereka dari mahathir dengan menolak membuat kerjasama dengan parti cap bunga

    CIA belum lagi membuat pendedahan tentang skandal BMF, bekas penolong gabenor BNM pula belum lagi membuat pendedahan tentang skandal FOREX tapi pembangkang sudah boleh kalah teruk dalam 2 PRK(kerusi parlimen Sungai Besar & Kuala Kangsar) & PRN negeri Sarawak pada tahun lepas(2016) dimana musibat anak haram mahathir menjadikan pilahan raya tersebut sebagai referendum rakyat menolak Najib kerana dia yakin BN akan kalah

    Reply
  • January 29, 2017 at 02:17
    Permalink

    kit siang diam seribu bahasa tentang pendedahan CIA & bekas penolong gabenor BNM sebab dia tidak mahu membuat mahathir marah sehingga terpaksa tukar pendirian selepas mahathir bersetuju menjadikan kit siang TPM sebagai balasan kerana kit siang bersetuju boboi dijadikan PM sekiranya pembangkang menang PRU14

    manusia jenis apakah kit siang ini?

    entah apa pula sedang difikirkan anwar sekarang ini selepas kit siang sanggup memelihara seekor lagi biawak hidup(mahathir) selepas dirinya(anwar) ke dalam pembangkang?

    ————————————————————————————————————————————–

    Recently, Abdul Murad Khalid who was the Assistant Governor of BNM who resigned in 1999 revealed that the forex losses were in actual US Dollars and not in Malaysian Ringgit.

    “There was no control… The most important thing is that there was no investigation at all,” Murad was quoted as saying by NST.

    Asked if the then Prime Minister knew about the losses, he replied: “I’m sure the governor briefed them.”

    Kit Siang’s silence on this issue is indeed deafening. The so-called champion of the rakyat now has his balls as wrinkled as his face is. And all to achieve his personal political ambition.

    In 1993, Anwar Ibrahim who was then the Finance Minister responded on behalf of his then-master, U-Turn Mahathir, to Kit Siang’s query on some “rumours about BNM losing money gambling forex“.

    Anwar said that the rumour was not true at all.

    When confronted, again by Kit Siang, a year later, Anwar said “the amount is not huge.”

    The above engagements can be found in the Parliament Hansard.

    After Murad’s revelation we know now that the amount is actually colossal.

    We also know that U-Turn Mahathir as well as Daim Zainuddin were very much in the know of the losses.

    And we know that Lim Kit Siang is just another opportunist snake manipulating the issue to gain support from the rakyat but now bats no eyelid to work hand-in-hand with his sworn enemy so he could come into power.

    I am pretty sure he feels pleased looking at himself in the mirror every morning knowing he had blatantly lied to the people.

    Reply
  • January 29, 2017 at 08:21
    Permalink

    Apa yang mereka sedang kejar laju ? Pasti Nya mereka terlalu taksub mengejar dunia .

    Apa yang mereka perolehi ?
    Derita, kesakitan Dan sengsara.

    M perlukan ustaz Dan ulamak untuk didampingi bukan yang lain .

    Reply
  • January 30, 2017 at 16:06
    Permalink

    Menyedari pemimpin mereka M dan LKS berada dalam keadaan canggong, setelah tiba2 diselak pakaian mereka oleh CIA, berbagai2 tulisan yang keluar dan boleh dibaca. Pakaian baru terselak belum pun dibogel. Namun mereka tahu selak adalah langkah awal untuk membogelkan orang.

    Bagi mengimbangi keadaan mereka telah mula menulis , bercakap dan berceramah bahwa PM sekarang telah di itu dan ini. PM sudah dibenci oleh polis, oleh tentera , Rela dan entah ke apa lagi. Bermulalah segala persepsi macam selalu kerana bahan mereka hanya bahan persepsi tanpa realiti.

    Sama sama kita tunggu apa yang bakal mereka dapat , untung atau rugi.

    Reply

Leave a Reply