Skandal BMF & Forex: Kenapa Sekarang? Sebab, Puluh Billion Yang Hilang Bukan Harta Pusaka Mahathir Tapi Duit Rakyat

Share

TINDAKAN membangkitkan semula semua skandal yang berlaku pada zaman Mahathir kebelakangan ini, seperti BMF dan kerugian berpuluh billion Bank Negara dalam Forex, memang patut dipuji.  Sekian lama UMNO, BN dan kerajaan menanggung beban ini, sehingga bila Mahathir dah jadi pembangkang pun, UMNO masih menanggung beban yang sana juga.

Lagipun parti cap bunga ini sibuk merekrut golongan muda yang peringkat kehidupan sebahagian besar masing-masing masih di Lauh Mahfuz ketika semua skandal itu berlaku.  Maka itu wajarlah yang dianggap macam dewa hidup tu, ditunjukkan hakikat yang sebenarnya bahawa dia tidaklah sesuci mana pun, bersepah ‘taik’ yang ditinggalkannya, supaya golongan muda ini dapat memahaminya.

Yang lebih penting lagi, generasi hari ini dapat melihat bagaimana hipokritnya pemimpin-pemimpin Pakatan yang kini bersama Mahathir.  Apa dulu mereka kata pasal penglibatan Mahathir dalam 2 skandal ini dan apa sekarang yang mereka lakukan bila skandal ini kembali menghantui hidup Mahathir.  Dulu hentam bagai nak rak, sekarang sokong separuh mati.  Seolah-olah jenayah tak jenayah ni ikut apa pembangkang cakap saja.  Bapa siapa pulak yang ajar macam itu?


Selain itu, banyak persoalan yang belum terjawab.

Dalam kes skandal BMF, berapa duit yang hilang, siapa yang hilangkan, siapa pembunuh dan sebagainya, mungkin sebahagian dari itu sudah terjawab hasil keputusan Mahkamah di Hong Kong dan siasatan yang diadakan disini, tapi lebih banyak lagi yang belum terjawab.  Mak Foon Tan yang didapati bersalah membunuh Allahyarham Jalil Ibrahim itupun, ketika dalam perbicaraan menafikan dia yang membunuh tapi seorang lain bernama ‘George’ dari Korea Selatan.  Dia hanya tukang buang mayat saja dakwanya dalam keterangan di Mahkamah..

Belum cerita siapa bagi arahan lagi tu.  Apatah lagi, kehilangan dalam skandal BMF ini lebih besar dari RM 10 billion pada nilai hari ini kerana tak campur lagi duit Petronas RM 1 billion (nilai waktu itu) yang dugunakan untuk menyelamatkan BBMB selaku syarikat induk kepada BMF selepas skandal terdedah.


Dalam isu kerugian sebanyak RM 30 billion, tidak ada siasatan dalam apa bentuk pun yang dijalankan untuk mengenal pasti dalang di sebalik kerugian tersebut.  Jalan senang, pecat Gabenor Bank Negara waktu itu dan ganti dengan yang lain, tapi bagaimana sejunlah besar wang ini hilang tanpa disedari sesiapa dalam kerajaan, dan kenapa tidak ada siasatan dijalankan, masih menjadi misteri.

Nak kata kerajaan terlalu banyak duit dan tidak kisah dengan wang rakyat yang hilang, tak jugak sebab masa BMF hilang RM 2.5 billion (RM 10 billion pada waktu ini), Mahathir arah siasatan dijalankan tapi dalam hal RM 30 billion (entah berapa puluh billion pada nilai sekarang) hilang, senyap macam itu saja?

Alah,, 1MDB tak hilang satu sen sen duit pun Mahathir memekak, yang puluh-puluh billion hilang zaman dia pulak rakyat kena buat bodoh?


Maka itu rakyat perlu menyokong usaha kerajaan untuk menyiasat semiula dua skandal terbesar ini sebab puluh-puluh billion yang hilang tu bukan harta pusaka Mahathir pun yang kita nak buat tak kisah, sebaliknya wang rakyat.

5 thoughts on “Skandal BMF & Forex: Kenapa Sekarang? Sebab, Puluh Billion Yang Hilang Bukan Harta Pusaka Mahathir Tapi Duit Rakyat

  • January 27, 2017 at 15:11
    Permalink

    Nampaknya Mahathir tersepit di hujung hidupnya.Sangkanya selama ini PM Najib yg lebih banyak berdiam diri dari menjawab segala tuduhana dan maki hamun yg di hamburnya adalah keran takut atau ketiadaan senjata dan modal utk membalas.Rupa PM Najib mengambil sikap seorang ‘hiro’ yg biasanya kalah dahlu menang kemudian.Menjelang PRU ,banyak lagi senjata yg boleh di gunakan utk ‘menikam’ Mahahtir,Mampukah Mahahtir utk menjawabnya,satu demi satu nanti.Kita tunggu!.

    Reply
  • January 27, 2017 at 16:00
    Permalink

    Itu pasal dia bermati matian nk si boboi jadi PM, senang lah tutup pekung2 dia selama 22 tahun memerintah, dulu sapa je bangkit hal kesalahan dia, siap sedia lah di humbankan ke kem kemunting ISA.., dia banyak buat zalim pada org2 yg tk berdosa, dia mana tahu hal agama, sedangkan org yg di zalim, Allah ada peruntukan untuk di makbulkan doa mereka..itu pasal kita di ingat jgn sesekali menzalimi seseorang, doa mereka di makbulkan, cepat atau lambat sahaja, wallahuallam

    Reply
    • January 27, 2017 at 23:55
      Permalink

      Mahathir kini cuba hendak menutup segala kebukukannya selama ia berkuasa 22 tahun dulu dengan membuat fitnah pada Najib kononnya Najib pengamal rasuah,pecah amanah,salah guna kuasa dll yang pernah dia lakukan dulu…itulah taktis Mahathir cuba menutup bangkai gajah dengan sebuah nyiru. Lama-kelamaan bau busuk yang menusuk hidung akan terbongkar juga…kini Mahathir sedang tersepit akibat tindakan rakus,tamak,gila harta & wang yang pernah dilakukannya. Dia sebarkan fitnah ke atas Najib ke seluruh negara agar rakyat tidak tahu perangai busuknya yang sebenarnya. Rakyat akan terus membenci,dendam dan akhirnya Najib akan dijatuhkan dari arena politis & tampuk pemerentahan negara. Inilah motif utama Mahathir…setelah jatuhnya Najib & rejiimnya mudah baginya untuk menaikkan anak lelakinya yang serba bangang sebagai PM……bermakna kekayaan & legasinya akan terus terbela.

      Reply
  • January 29, 2017 at 18:01
    Permalink

    Karma’s a bitch, Madey kah kah kah

    Jibby ni pun tunggu masa je, biar mampus dua2 dengan Anwar sekali. Makhluk2 yang ada kaitan dengan PEKEMBAR-BN ni memang korup lagi mengkorupkan, kah kah kah

    Reply

Leave a Reply