Rakyat Muak Dengan Isu Rekaan MO1, Isu Salahlaku Jenayah Lim Guan Eng Lebih Besar

Share

BEBERAPA tahun sebelum ini, rakyat Malaysia diperbodohkan oleh DAP yang mengembar gemburkan kononnya parti mereka telus, bersih dari rasuah, mesra rakyat dan sebagainya. Perkara tersebut diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Rupa-rupanya Selcat sekadar “wayang” semata-mata. Ia dilihat tidak pernah berfungsi untuk mencari kebenaran mahu pun kesalahan tetapi sebagai “senjata” untuk menyerang sasaran pilihan pembangkang yang diketuai DAP.

Malah lebih memalukan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat dan terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) sedang menghadapi dakwaan salah laku dan rasuah bersama ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.


Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Lim Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta. Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Namun DAP tanpa rasa malu telah mengeluarkan kenyataan bahawa amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad kepada ahli politik yang rasuah tidak memberi sebarang makna, jika tidak ditujukan kepada “Malaysian Official 1” (MO1). Isu MO1 sekadar rekaan DAP untuk mengalih isu jenayah salahlaku Lim Guan Eng semata-mata.


Tindakan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang membangkitkan persoalan kewibawaan badan itu setelah mendakwa ia setakat ini hanya memberkas “ikan bilis”, manakala “jerung”, “harimau” dan “buaya” terlepas juga sekadar cubaan untuk mencalar kredibiliti pihak SPRM.

Mungkinkah tindakan ini merupakan bunga-bunga untuk melancarkan “serangan” terhadap pihak berkuasa yang menangani kes Lim Guan Eng atau “amaran” terhadap pegawai-pegawai tersebut? Kita amat maklum dengan modus operandi pembangkang yang sentiasa “menghalalcara” tindakan mereka dan menyerang sesiapa sahaja yang menghalang perancangan jahat tersebut.

Rakyat Malaysia mendesak agar Lim Guan Eng dikenakan tindakan seberat-beratnya atas kesalahan beliau memandangkan sebelum ini parti DAP sendiri yang kononnya memerangi rasuah dan mahukan pentadbiran yang lebih telus terlalu angkuh mendabik dada dengan “slogan” yang mereka sendiri gagal laksanakan.

Malah rakyat Malaysia juga sudah muak dengan propaganda jahat DAP berkenaan MO1, 1MDB dan sebagainya. Nampaknya DAP bakal kekeringan idea dalam menyerang Barisan Nasional . Mereka seperti biasa hanya mampu “recycle” isu semata-mata.

3 thoughts on “Rakyat Muak Dengan Isu Rekaan MO1, Isu Salahlaku Jenayah Lim Guan Eng Lebih Besar

  • January 28, 2017 at 14:26
    Permalink

    Kalau dah sokong Umno memang akan kata UMNO aje yang betul. Keadaan sekarang membuktikan UMNO adalah sarang rasuah dan penyelewengan.

    Reply
    • February 1, 2017 at 20:28
      Permalink

      Kalau dah sokong Dapig memang akan kata Dapig aje yang betul. Keadaan sekarang membuktikan Dapig adalah sarang rasuah dan penyelewengan.

      Reply
  • February 2, 2017 at 00:37
    Permalink

    Kalau dah sokong Dapig memang akan kata Dapig aje yang betul. Keadaan sekarang membuktikan Dapig adalah sarang rasuah dan penyelewengan.

    Reply

Leave a Reply