DAP Lebih Utama Di Mata ‘Bunga Raya’ Berbanding PAS

Share

Khabarnya pada 2 Februari ini, Parti ‘bunga raya’ akan membawa rombongannya untuk bertemu PAS, bertanyakan sama ada parti itu sudi atau tidak menjadi ‘isteri muda’ parti baru itu untuk mengejar kuasa politik di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menjelaskan bahawa PAS akan meneliti terlebih dahulu kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat Pengerusi ‘bunga raya’ terhadap PAS sebelum ini sebelum pertemuan tersebut.

Namun khabarnya, PAS kali ini bakal mengutarakan syarat yang lebih tegas dan keras kepada ‘bunga raya’, memungkinkan wakil ‘bunga raya’ yang ‘kurang rambut’ dalam pertemuan itu akan berpeluh memikirkan cara melunakkan perbincangan.

Dalam hal ini, penulis tertanya-tanya, kenapa ‘bunga raya’ mencari DAP terlebih dahulu dan mencapai persetujuan untuk bekerjasama? Kenapa ‘bunga raya’ tidak cari PAS yang terang-terang beragama Islam dan berbangsa Melayu?

Apakah kelebihan yang ada pada DAP dan PAN sehingga pengerusi ‘bunga raya’ sanggup turun berkempen siang malam di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk mereka? Walau menyedari dirnya tua, sanggup dia bantu PAN dan menentang PAS ketika itu?

Maaf, penulis bukan bermaksud untuk menjadi ‘batu api’ dalam hal ini. Namun itulah fakta yang perlu diteliti oleh PAS tentang agenda sebenar ‘bunga raya’. Siapa yang tidak kenal dengan kelicikan ‘maverick’ itu, bukan? Ramai yang sudah terkena dan merana…

Padahal, Pengerusi ‘bunga raya’ ketika itu boleh saja memilih untuk membantu calon PAS sama ada di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar. ‘Bunga raya’ boleh saja memilih untuk mesra dengan PAS berbanding DAP, PAN dan PKR, bukan?

Baru-baru ini katanya dia ada mengutuk PAS ketika diwawancara media dari Singapura? Sedang dalam rencana mahu memujuk dan menjinakkan PAS, sempat lagi Pengerusi ‘bunga raya’ hentam PAS? Dia mahu bekerjasama dengan PAS atau tidak, sebenarnya?

Sepatutnya ‘bunga raya’ perlu lebih yakin seperti PAN Kedah, DAP Kedah dan PKR Kedah. Mereka baru-baru ini memberitahu media bahawa mereka yakin akan menang besar di negeri itu jika berlaku pertembungan 3 penjuru dengan PAS dan BN.

‘Bunga raya’ patut tahu bahawa tanpa PAS pun, ‘anak bunga raya’ boleh menang di Parlimen Jerlun dan Dun Ayer Hitam kerana ‘briged’ PAN, PKR dan DAP sedia turun membantu pada PRU ke-14 nanti.

Apakah tanpa PAS maka ‘bunga raya’ tidak boleh hidup? Dipimpin oleh seorang ‘negarawan paling ulung dalam cakrawala’ pun masih tidak yakin dengan diri sendiri? Apakah DAP, PKR dan PAN tidak cukup kuat untuk pastikan kuasa yang dikejar itu tercapai dek tangan?

Nampak sangat terdesaknya ‘bunga raya’ untuk hidup. Mulanya terpaksa ‘melacur’ diri pada DAP, PAN dan PKR, kini meminta ehsan PAS selepas puas menghentam dan mengherdik parti itu semahu-mahunya? ‘Negarawan’ jenis apa begini?

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!