Bila Penulis Buku ‘The BMF Scandal’ Nak Buka Mulut?

Share

Gegak gempita persada politik negara bila skandal BMF sekali lagi tercetus gara-gara pendedahan dari CIA baru-baru ini. Tumpuan negara semua tertumpu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali ini.

Dulu, ketika skandal ini disebut-sebut sekitar awal dia menjadi Perdana Menteri, ramai yang tidak berani berkata apa-apa. Maklumlah, bila kuasa di tangannya, maka siapa yang mempersoal, pasti akan menerima padah.

Namun di zaman serba internet ini, ramai yang teruja bila skandal berusia 30 tahun ini timbul semula. Maaf, penulis tidak terlalu percaya pada CIA ekoran ia penulis anggap sebagai salah satu ‘missionaries’ Barat. Tapi, memang benar skandal BMF pernah berlaku di negara ini sekitar awal 80’an dulu.


Selepas teruk dihentam, Mahathir menjawab di blog beliau. Seperti yang dijangka, dia mempertahankan diri, sekaligus cuba mengekalkan status quo sebagai seorang yang maksum sepanjang pentadbirannya sebagai Perdana Menteri. Itu biasa.

Dia buat pula ‘counter attack’, dibandingkan pula skandal BMF dengan isu 1MDB. Kononnya 1MDB melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, manakala skandal BMF pula kononnya langsung tidak melibatkan dirinya? Tidak berbaur ‘conflict of interest’kah jawapan seperti itu?

Pada pandangan penulis, skandal BMF bukanlah seperti skandal tepi jalan membabitkan kehilangan wang RM2.50. Malah ia membabitkan kehilangan wang yang didakwa berbilion ringgit. Berapa nilai RM1 bilion di zaman Mahathir dulu agaknya?


Besar atau tidak skandal BMF ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menulis sebuah buku memperihalkan dakwaan beliau mengenai skandal BMF, terbitan DAP sendiri, keluaran tahun 1983. Serius atau tidak, hingga boleh dibuat buku oleh Kit Siang?

Dan kerana buku dan dakwaan lisan di parlimen mengenai skandal BMF dari Kit Siang itulah dia teruk dihentam kerana mengambil pendirian berdiam diri bila skandal ini timbul sekali lagi kali ini.

Kenapa dia berdiam diri? Faham-faham sajalah. Bukankah Mahathir kini sudah menjadi sahabat sehidup sematinya? Jadi sudah semestinya jelas kini tentang sikap sebenar Kit Siang yang double standard, bukan?


Dalam jawapan Mahathir, ada dia sebut nama Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim yang ditemui mati di kebun pisang di Hong Kong? Siapa pula Lorraine Esme Osman yang hidup dalam buangan hingga ke akhir hayat?

Mungkin benar pihak berkuasa dan Jabatan Audit Negara ada melakukan siasatan hinggakan ada yang dibunuh di luar negara. Si Kambing Hitam mungkin sudah menerima hukuman. Namun ada yang terlepas? Siapa yang terlepas, boleh tanya ‘buku’ yang ditulis Kit Siang.

Pada penulis, skandal BMF ini hanyalah melibatkan jumlah yang kecil sahaja. Ada banyak lagi skandal yang jauh lebih besar berlaku di zaman Mahathir yang mungkin bakal terungkai selepas ini. Khabarnya yang berikutnya adalah skandal Forex 1992 yang lebih besar nilainya?

One thought on “Bila Penulis Buku ‘The BMF Scandal’ Nak Buka Mulut?

  • January 28, 2017 at 10:32
    Permalink

    1.Memecat Mufti Selangor Mufti Ishak Baharom
    2.Memecat Ketua Hakim Negara Tan Sri Salleh Abbas
    3.Merendahkan mertabat sistem kesultanan Melayu.
    4.Menyingkirkan Tan Sri Anope, TNB chairman
    5.Polisi ekonomi yg silap..Malaysia jatuh miskin..currency Malaysia jatuh merudum dimasa pentadbirannya.
    6. Memberi sokongan simpati kpd Kassim Ahmad sedangkan semua Mufti dan Ulamak menentang .
    7.Memali..insiden yg menyayat hati
    8.ISA digunakan untuk memenjara ahli2 politik.
    9.Bank kebanggaan bangsa Melayu..Bank Bumiputra hancur dizamannya
    10. Bahasa jiwa bangsa.Bahasa Malaysia dipandang rendah..tak layak jadi bahasa ilmiah
    ..banyak lagi.. tuan-tuan tlg sambunglah..

    Reply

Leave a Reply