Mereka Hanya Mahu Undi Dari Penyokong PAS Saja…

Share

Seperti yang dijangka, majoriti pemimpin PAS bukan saja menolak ‘salam pendamaian’ yang dihulurkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, malah ada di kalangan mereka yang menempelak dan membidas bapa Lim Guan Eng itu dengan sindiran pedas.

Sekonyong-konyong itu juga media pro-pembangkang pun menulis seolah-olah PAS tidak berhati perut kerana menolak ‘salam pendamaian’ daripada ‘maharaja DAP’ itu. Kononnya, mahu rakyat melihat PAS itu sedang berada di pihak yang salah?

Seperti yang penulis jangka sebelum ini, PAS sudah tentu tidak akan beri muka lagi kepada pihak yang mereka muktamadkan sebagai perosak dan pemecah-belah parti mereka. Ia bagai tindakan kerajaan Islam silam yang menolak satu etnik Yahudi yang khianat pada Islam dalam sebuah peperangan dulu.

Sekiranya penulis ditempat PAS pun sekali, tidak akan sesekal penulis terima ‘salam pendamaian’ itu kerana pastinya ia dihulurkan dengan mengharapkan sesuatu dari PAS. Penulis yakin PAS tidak mahu ‘ditunggang’ sekali lagi seperti dulu.

Soalnya, tidakkah puak Pakatan Harapan dan ‘bunga raya’ sedar bahawa tindakan mereka mahu memaksa PAS bekerjasama dengan mereka hanyalah bermotifkan politik semata-mata? Hanya mahukan undi dari penyokong PAS, baru mereka mahu cari PAS?

Terdesak sangatkah mereka? Pada hemat penulis, memang benar mereka sedang terlalu terdesak. Tahun ini dikatakan bakal berlangsung Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Sedangkan mereka sedar bahawa mereka masih kekurangan pengundi.

Mungkin kini mereka sedar bahawa kemenangan dalam pilihan raya tidak diukur dengan populariti dan jumlah ‘like’ di Facebook. Hanya kerana ada banyak pengikut di media sosial maka mereka fikir ia akan diambil kira sebagai pemenang kerusi Parlimen dan Dun?

Kini mereka sedar bahawa PAS mempunyai penyokong yang ramai berbanding mereka? Baru mereka terhegeh-hegeh menghulur ‘tali’ itu dan ini? Kononnya mahu ‘bersatu’ dengan PAS? Mereka fikir PAS terlalu tolol untuk mereka tololkan lagi?

Mereka hantar ‘bunga raya muda’ untuk memancing PAS? Pada pandangan penulis, sekiranya ‘bunga raya’ mahu bekerjasama dengan PAS, maka mereka perlu tinggalkan persekutuan mereka dengan Pakatan Harapan dan bernaung di bawah Gagasan Sejahtera.

Adalah sangat mustahil untuk Gagasan Sejahtera menerima jalinan kerjasama dengan ‘bunga raya’ dan pada waktu yang sama ‘bunga raya’ masih merupakan sekutu kepada Pakatan Harapan. Ia akan menghuru-harakan keadaan khususnya menjelang pilihan raya.

Persoalan juga timbul, apakah ‘bunga raya’ sanggup bernaung di bawah Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS dan meninggalkan Pakatan Harapan? Ia sama sekali akan mengelirukan keadaan khususnya di kalangan penyokong mereka sendiri.

Pada penulis, jika berlaku sekali pun kerjasama itu dengan PAS, pastinya kerjasama itu tidak ikhlas dan tidak menguntungkan PAS. PAS mungkin akan kehilangan kerusi untuk bertanding dan penyokongnya pula terpaksa beri undi kepada ‘bunga raya’ dan sekutunya.

Paling jelas, kerjasama itu tidak lain tidak bukan hanyalah bermotifkan undi, bukan bertujuan untuk benar-benar menjalin kesepakatan yang jitu sebagaimana yang diamalkan di dalam Barisan Nasional sejak di era merdeka lagi.

Justeru itu penulis yakin bahawa sama ada puak Pakatan Harapan dan’bunga raya’ menjalin kerjasama dengan PAS atau tidak, mereka akan tetap huru-hara dan gagal. Nampak saja ‘popular’, namun hakikatnya hanyalah ‘tin kosong’ yang kuat berbunyi…

One thought on “Mereka Hanya Mahu Undi Dari Penyokong PAS Saja…

  • January 26, 2017 at 19:52
    Permalink

    Pas pun banyak juga songehnya…dah tahu DAP itu akan mempergunakan mereka masih lagi nak bersama.

    Reply

Leave a Reply