Mampukah Mereka Tiru BN?

Share

Penulis teruja sangat apabila mendapat tahu bahawa Pengerusi ‘bunga raya’ mahu Pakatan Harapan dan parti baru itu membentuk sebuah parti pakatan yang rasmi sebagaimana kemuafakatan yang membentuk Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti komponennya.

Seperti yang kita maklum, BN terbentuk seawal merdeka dulu dengan nama Parti Perikatan yang menyatukan UMNO, MCA dan MIC. Kemudian nama tersebut ditukar menjadi Barisan Nasional pada 1973 dan PAS merupakan salah satu komponen BN ketika itu.

Sedikit sebanyak, ia menunjukkan bahawa apa yang sedang dilakukan oleh pembangkang di zaman ini adalah dengan mencontohi teladan kemuafakatan BN yang berkonsepkan perkongsian kuasa untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Namun apabila Pengerusi ‘bunga raya’ mahu berbuat perkara yang sama terhadap pembangkang, ia pasti akan mencetus sesuatu yang menarik, bukan? Mampukah mereka mencipta kesepakatan sesama mereka?

Sekiranya diteliti, parti-parti pembangkang di negara ini hanya mempunyai satu titik persamaan sahaja iaitu menewaskan BN. Sebaliknya, mereka mempunyai pelbagai perbezaan dasar, perjuangan, agenda dan prinsip yang amat kritikal untuk dinoktahkan dalam bentuk kesepakatan.

Rasanya tidak perlu kita terlalu rumitkan kepada cabang-cabang dan ranting-ranting perbezaan antara mereka. Kita hanya lihat kepada perkara asas sahaja iaitu ‘kabinet bayangan’, khususnya dua jawatan utama, Perdana Menteri dan Timbalannya.

Sekiranya diajukan soalan kepada mereka, mampukah mereka menjawab siapakah yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika berjaya membentuk kerajaan? Ada nama yang boleh mereka tetapkan?

Jika disebut nama Anwar sebagai Perdana Menteri, tidak ada yang sentap? Baru saja diajukan nama Muhyiddin, sudah ada yang meroyan sakan menempelak di media menegaskan nama Anwar berkali-kali sebagai calon pilihan menjadi Perdana Menteri, bukan?

Bila disebut pula jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberi kepada Lim Kit Siang, terpekik terlolong pula berdolak-dalik mengenainya. Ada yang menafikan, walau Pengerusi ‘bunga raya’ sendiri yang sebut ‘ada’. Kenapa? Takut? Paranoid?

Jika disentuh pula soal pembahagian kerusi, penulis yakin nanti ada pula kerusi yang ‘terbang’ di sana sini. Sedangkan dalam parti sendiri pun bergaduh sakan hingga menabur cerita buruk menjatuhkan lawan di media sosial, inikan pula kerusi calon pilihan raya!

Mampukah mereka mencapai kata sepakat dalam kesepakatan asas yang penulis nukilkan di atas? Penulis tidak fikir DAP, PKR, PAN dan ‘bunga raya’ mampu mencari kata sepakat dalam hal-hal tersebut. Apatah lagi jika dimaktubkan dalam sebuah perlembagaan seperti BN.

Sekiranya PAS turut masuk ke dalam pakatan tersebut, maka penulis yakin ia akan jadi lebih ‘menarik’ caca merbanya. Mungkin bukan sekadar ‘kerusi terbang’, malah mungkin kita boleh saksikan meja terbalik dan sepak terajang ala cereka hindustan. Boleh ‘kiamat’ dibuatnya.

Jadi, ekoran semalam ‘negarawan terlalu ulung’ itu ada menyebut mahu menubuhkan pakatan antara parti seperti BN, maka kita tunggu hasilnya. Bila agaknya ‘impian’ Pengerusi ‘bunga raya’ itu akan menjadi kenyataan? Atau ‘bunga’ akan lunyai sebelum mekar?

2 thoughts on “Mampukah Mereka Tiru BN?

  • January 26, 2017 at 18:10
    Permalink

    mayat pengerusi parti cap bunga sampai berulat & mereput dalam tanah pun pembangkang masih belum dapat tiru BN…kalau kepala boboi tiba2 tumbuh rambut barulah pembangkang dapat tiru BN

    Reply

Leave a Reply