Diktator Hantar Anak ‘Pancing’ PAS?

Share

Khabarnya tidak lama lagi Timbalan Presiden parti ‘bunga raya’ akan mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan PAS bagi membincangkan agenda sama ada kedua parti itu akan menjalin kerjasama politik atau tidak.

Mungkin memandangkan nama Pengerusi ‘bunga raya’ tetap busuk di pandangan mata majoriti pemimpin PAS, maka dia menghantar anaknya untuk berdiplomasi menagih simpati dari PAS untuk bekerjasama dengan parti ‘bunga raya’ agaknya.

Apakah dengan cara ini maka Pengerusi ‘bunga raya’ itu fikir PAS akan ‘makan umpan’ yang dihulurkan? Dia fikir PAS akan mudah termakan ‘jerat’ yang dipasang oleh seorang diktator politik yang licik dan mahir mengenakan ‘kawan dan lawan’?

Penulis tidak tahu sama ada puak ‘bunga raya’ kenal PAS yang sekarang atau tidak. Namun harus diingatkan bahawa PAS kini juga bukan PAS yang dulu. PAS kini bukan lagi ‘kuda tunggangan’ kepada sesiapa, termasuk kepada seorang diktator..

Pengerusi ‘bunga raya’ perlu tahu bahawa PAS tidak akan tunduk pada dakwaan yang kabur dan hanya berpaksikan kepada sumber rekaan dan fantasi politik warga asing. Dengan hanya membuat tuduhan, ia tidak akan memberi sebarang kesan untuk mempengaruhi PAS.

Jadi, jangan haraplah anak pengerusi boleh dapat memujuk PAS untuk percaya kononnya si polan itu atau si polan ini kononnya begitu dan begini. PAS tidak termakan dengan hasutan prejudis tidak sahih yang berunsur syubhah dan fitnah itu.

Kenapa? Kerana Islam memang begitu. Itulah yang diajar oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Itulah yang telah diqias dan diijtihad oleh ijma’ ulama Islam, bukan dari konteks pemikiran politikus rakuskan kuasa keduniaan yang jauh dari redha Allah.

Anak Pengerusi perlu tahu cara untuk menewaskan PAS. Jangan sesekali menyebut perkataan ‘Gillete’ di depan mereka. Jangan disebut nama Allahyarham Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz, buruk hasil perbincangan nanti.

Perlu juga diingat bahawa PAS tidak akan sesekali lupa kepada segala kenangan 22 tahun ketika bapa Timbalan Presiden ‘bunga raya’ itu memerintah. Pahit atau tidak, hinggakan Allahyarham Datuk Fadhil Noor sendiri mendoakan ‘sesuatu’ kepada Pengerusi ‘bunga raya’.

Juga puak ‘bunga raya’ harus ingat bahawa Pengerusi ‘bunga raya’ itu jelas membantu PAN ketika PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada tahun lalu. Bukan saja membantu PAN, dia herdiknya PAS tanpa rasa bersalah. Mereka yang lebih memihak kepada pengkhianat boleh dibuat sahabat sekutu yang dipercayai?

Pada pandangan penulis, ‘bunga raya’ hanya mahukan undi dari penyokong PAS. Itu saja. Mereka sedar bahawa PAS mempunyai lebih ramai pengikut dan undi berbanding ‘bunga raya’. Dengan memperkuda PAS untuk memperoleh undi, maka mereka boleh dapat kerusi.

Ia samalah seperti DAP yang dulu. Hanya kerana mahukan undi dari penyokong PAS dan dapat ‘menunggang’ jentera-jentera PAS yang ramai, maka DAP hulurkan Pakatan Rakyat. Melihat PAS tidak lagi berguna dan adanya PAN, diseranahnya PAS siang dan malam, bukan?

Jika ‘bunga raya’ berfikir panjang, hormat dan benar mahu menjalin kerjasama dengan PAS, apakah mereka akan membantu PAN pada dua PRK yang lalu dan menghentam PAS dipentas politik ketika itu? Dan kini baru hendak cari PAS? Lupakanlah…

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!