Skandal BMF Bukan Salah Mahathir tapi…

Share

Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM 2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara. Nilai tersebut kira-kira RM 10 bilion pada hari ini.

1. Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) cuba memburuk-burukkan beliau dalam skandal BMF dan Bank Bumiputera memang ada kebenarannya. Malah CIA sendiri mengatakan tiadak bukti secara langsung untuk mengaitkan beliau dengan skandal tersebut. Jadi mengapa Mahathir melatah?

2. Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM 2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara. Nilai tersebut kira-kira RM 10 bilion pada hari ini.

3. Walaupun dokumen tersebut mendakwa tiada bukti secara langsung bahawa Dr Mahathir terbabit dengan skandal rasuah itu, ‘dakwaan kaitan George Tan (bekas Ketua Eksekutif Carrian Group) dengan pemimpin Umno’ ketika itu mengaitkan skandal ini dengan Mahathir.


4. Mahathir ketika itu bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri tetapi juga Menteri Perdanganan Antarbangsa (MITI) yang sudah tentu mengawal selia pelaburan di luar negara dan juga pembabitan bank milik kerajaan dalam pinjaman di luar negara.

5. Inilah cara Amerika Syarikat beroperasi. Mahathir tidak bersalah. Ia hanyalah agenda CIA dengan mengaitkan pentadbiran Mahathir. Ini juga apa yang berlaku kepada Najib Razak. Yang kena dakwa orang lain, nama dia “disindirkan” oleh Jabatan Peguam Negara US.

5. Namun yang lebih penting adalah tidak sama membandingkan skandal BMF dan 1MDB.


6. Skandal BMF merupakan skandal kewangan kerana wang sebanyak RM 2.5 bilion (wang kerajaan dan penyimpan) lesap dalam “scam” hartanah di Hong Kong. Ia juga skandal jenayah apabila seorang juruaudit, Jalil Ibrahim, yang menyiasat kes ini telah dibunuh.

7. Sebaliknya, 1MDB belum jadi skandal. Berapa bilion duit 1MDB hilang? Sehingga kini 1MDB menegaskan wang mereka tidak hilang. Siapa yang dibunuh? Tiada juga! Jadi skandal apa?

8. Apa pun Tun Mahathir sepatutnya menjelaskan mengapa BMF dan Bank Bumi yang sepatutnya membantu ekonomi bumiputera mengambil keputusan memberi pinjaman sedemikian besar kepada syarikat di Hong Kong. Ia merupakan misteri yang sangat luar biasa.


9. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri MITI ketika itu. Kemudiannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri pinjaman masih diberikan kepada syarikat ini.-MYKMU.NET

5 thoughts on “Skandal BMF Bukan Salah Mahathir tapi…

  • January 25, 2017 at 22:24
    Permalink

    Wang yang sepatutnya membantu orang melayu dan bumiputra habis lesap kerana ketamakan sesetengah pemimpin yang merasakan diri mereka maksum…

    Reply
  • January 26, 2017 at 01:12
    Permalink

    Siapa lagi pengebas dana RM2.5 bilion kalau bukan Mahathir penyamun tarbus yang serba licik,tamak & gila kuasa……..tapi Pak Najib memang bijak dia arahkan bank pusat/Bank Negara bekukan semua aset yang dimiliki oleh mamak serba dah pandir ni….sebab itulah Mahathir meroyan-royan ke hulu ke hilir mintak Pak Najib cairkan semula aset-asetnya. Berharap supaya Pakatan Harapan memenangi dalam PRU 14 nanti bolehlah dia joli sakan sebab boboi bangang dah jadi PM…..!!!

    Reply
  • January 28, 2017 at 17:23
    Permalink

    Kenapa skrg berbangkit isu BMF. Nk cuba alihkan perhatian rakyat thadap 1MDB ka? Berbeza skandal BMF dgn 1MDB. Tun bukan Pengerusi BMF berbeza dgn MO1 yg terang-terang Pengerusi 1MDB. Masa skandal BMF rakyat hidup tak susah mcm skrg. Tak ada GST dan ringgit stabil. Skandal BMF duit xmasuk akaun peribadi Tun M. Tak mcm skandal 1MDB wang 2.6B masuk ke ac peribadi MO1. Jika betul sumbangan dr Arab kenapa tak masuk ke akaun kerajaan atau parti? Rakyat bkn bodoh. Skandal 1MDB di masukkan ke dlm akta rahsia OSA. BMF tidak. Bahkan smasa skandal BMF diwujudkan satu Tribunal khas. 1MDB ada Tribunal Khas ka? Rakyat dan ahli parlimen bebas bercakap mgenai isu BMF ketika itu. Isu 1MDB jgn kata kan rakyat, ahli parlimen pon tidak dibenarkan bercakap walau pon di parlimen. Nanti kena tindakan Akta Rahsia OSA. Ini fakta bukan auta.

    Reply

Leave a Reply