Mukhriz Tidak Mahu Jadi Perdana Menteri? Ya Lah Tuuuu..

Share

Terasa berpinau, dan di alam fantasi ala-ala Alice And The Wonderland bila halwa telinga ini didendangkan dengan lagu sedemikian rupa. Al-maklum sahajalah, orang politik ini, jika kambing dipakaikan gincu dan skirt pendek itu perlu dikhabarkan “lawa” demi untuk mendapat undi, maka tanpa segan silu mereka akan berkata “perempuan itu sangat seksi”.

Begitulah yang terjadi, apabila ramai pro Turn Mahathir berhujah kononnya Mukhriz tidak mahu menjadi Perdana Menteri.  Ya lah tu.. Ya lahhhh.. Rupa-rupanya, mereka baru sahaja pulang dari mendengar ceramah Mukhriz, yang sewaktu ceramahnya cuba menggambarkan seolah-olah beliau tiada cita-cita politik. Tidak tercapai akal fikiran, untuk menerima pendapat bahawa seorang ahli politik tidak berminat untuk berkuasa.

Apatah lagi, sejarah membuktikan bahawa pada 2008, beliau bersungguh-sungguh untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Gagal dalam usaha itu, sekali lagi pada 2013, anak kepada mantan perdana menteri itu bertanding pula untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Tiada cita-cita kah?


Senyum sampai ke telinga, apabila beliau diberi jawatan Pengerusi UMNO Kedah, dan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pula. Mengapa tidak menolaknya, jika tidak pernah ada cita-cita politik?

Apa yang pro Turn Mahathir terlepas pandang ialah, Mukhriz sendiri di dalam ceramah itu tidak menafikan bahawa dia mahu jadi Perdana Menteri. Biasalah, sudah tentu penyokongnya cuba menggambarkan Mukhriz sebagai suci dan murni.

Di dalam program yang sama juga, Mukhriz menafikan wujudnya perbincangan di antara Mahathir dan Muhyiddin untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri. Begitu juga dengan dakwaan dari Tunku Aziz, yang menyatakan bahawa Mahathir mengadakan perbincangan dengan Lim Kit Siang untuk tujuan yang sama.


Apa yang hendak dihairankan jika Mukhriz berkata begitu.  Apa yang Mukhriz tahu? Mungkin tidak keterlaluan, dan ramai bersetuju bahawa perjalanan politiknya dibantu dengan pengaruh bapanya. Anak, mana mungkin si bapa berdiam diri sahaja, kan? Mungkin juga ada kaitan dengan panggilan “Boboi” yang sinonim dengan dirinya.

Biarlah Mukhriz menafikan apa yang beliau tidak tahu, kerana pada pandangan ramai, Mukhriz hanyalah “buah catur”, bukan pencatur.

“Pak saya kirim salam…”. Siapa pernah dengar ungkapan tersebut?


2 thoughts on “Mukhriz Tidak Mahu Jadi Perdana Menteri? Ya Lah Tuuuu..

  • January 25, 2017 at 22:56
    Permalink

    Tingkah laku manusia dua beranak ini cukup meloyakan. Asalnya dari rasa pening dan setelah pening ia bawak pada rasa loya.

    Bermacam kerenah, berbagai kenyataan yang dipaksa untuk kita mendengar saban hari. Ceramahnya , tulisan nya yang berbagai bunyi dan warna. Bapaknya kata begini, sekutunya menyangkal lalu menafikan. Kini anaknya pula menafikan cita2w mereka yang diusahakan oleh bapaknya.

    Untuk apa bapaknya berbelanja duit banyak untuk berkomplot dalam usaha mereka menjatuhkan seorang ketua kerajaan kalau tidak bercita2 melantik sesaorang yang rapat untuk mengambil alih bagi mencapai matlamat yang bersangkutan.

    Kita mahu nasihatkan mereka, mulalah bercakap pakai akai dan berhentilah buat kerja jahat yang tak memberi faedah pada manusia lain.

    Beribadah, bersolat akan memberi ketenangan dan memnghapus rasa tamak haloba. Mendekati dengan Allah mengingati hari mati amat dituntut ketika usia sudah mencapai tahap waktu maghrib dan Isyak. Setakat dibenci oleh manusia satu hal. Takut nanti dibenci Sang Pencipta. Allahu akbar.

    Reply

Leave a Reply