Tolonglah Jangan Abaikan ‘Warga Emas’ Itu…

Share

Sejak akhir-akhirnya ini, dia makin tidak keruan. Tidak tahulah tentang punca sebenar dia jadi sedemikian. Seolah-olah penyakit ‘alzheimer’nya semakin parah menyerang. Sekiranya satu dua insiden dan tidak kerap mungkin tidak mengapa, tapi apa yang berlaku baru-baru ini amat membimbangkan.

Mulanya dia buat ‘u-turn’. Bukan sekali dua ‘u-turn’ yang dia buat, berkali-kali. Bukan hanya melibatkan perkara-perkara lama ketika dia berkuasa dahulu, malah perkara-perkara yang aru berlaku pun dia buat ‘u-turn’ juga?

Sebelum ini apa yang dia tidak pernah kata pada bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Jika dikenang kembali, boleh ‘meroyan-royan’ Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah dan seluruh keluarga mereka.


Penulis yakin, hingga kini ‘luka di hati’ mereka tidak pernah sembuh gara-gara angkara dia itu. Tapi dia buat ‘u-turn’. Terhegeh-hegeh di mahkamah, kononnya menyokong. Padahal, kita pun tahu dia mahu publisiti kononnya ‘bertaut kembali’. Padahal dalam hati?

Antara lengkok ‘u-turn’ paling besar yang dia buat adalah ‘berpeluk’ dengan Kit Siang. Padahal, orang tua itulah yang dia kutuk selama lebih 22 tahun sebelum ini. Sekarang sudah jadi ‘kawan baik’ bagai ‘belangkas’. Teruk juga ‘macai-macainya’ cari alasan ‘menghalalkan u-turnnya’ itu…

Betapa ‘sucinya’ DAP kini di hatinya hanya Allah yang tahu. Seolah-olah siapa yang kutuk DAP itu bagai mengutuk dirinya sendiri. Sayangnya dia pada DAP begitu ketara hingga sanggup memuliakan mereka yang pernah dia ‘kahak-kahakkan’ dahulu.


Tempohari, dia sebut BR1M itu rasuah. Kemudian dia kata akan teruskan BR1M jika dapat kuasa. Dulu dia kata Pak Lah suka ‘flip-flop’, tapi sekarang siapa sebenarnya yang ‘flip flop’? Sampai fatwa Mufti-Mufti pun dia sanggah memenangkan fatwanya? Kemudian buat ‘u-turn’?!

Terbaru, dia buat ‘u-turn’ lagi. Kecoh tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Mulanya dia kata DAP tidak pernah minta jawatan Perdana Menteri, tapi ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tapi dalam tempoh yang singkat, dia buat ‘u-turn’ dan mendakwa MCA pula yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pelik betul. Sedang dia bercakap tentang DAP, tiba-tiba saja dia ‘melencong’ kepada MCA? Teruk sangat nampak terdesaknya kali ini…

Penulis yakin, bahawa semua orang tahu tentang ‘penyakit’ dia itu. Bukan penulis saja yang kata, ramai yang garu kepala. Hatta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun terpaksa beri gelaran padanya, ‘pakar u-turn’.


Cuma apa yang penulis hendak tekankan kepada keluarga bekas diktator itu, tolonglah prihatin sedikit pada ‘sindrom’ yang sedang teruk melanda ‘ayahanda’ mereka. Takkanlah sampai ke tua pun mahu diperkuda begitu untuk mengejar kuasa?

Tidakkah mereka kasihan pada seorang warga yang terlalu emas yang berhempas pulas mengeluarkan ‘fatwa-fatwa politik merepek’ pada usia sebegitu? Sampai bila mahu terus bergantung padanya untuk meraih populariti dan sokongan? Selagi bernyawa?

Penulis tahu, jika diikutkan hati warga emas itu, dia mungkin mahu terus berpolitik sampai ke liang lahad. Kononnya ‘berjuang hingga mati’? Tapi tolonglah sedarkan dia bahawa ‘mati di dunia’ ini adalah permulaan kepada ‘hidup di akhirat’.

Ingatlah tentang dosa dan pahala beliau selama 22 tahun sebelum ini. Berapa banyak pahala dan berapa banyak dosa yang dia bawa nanti? Cukupkah bekalan? Usahlah leka dan biarkan warga emas itu berkeliaran atas pentas mengikut kehendaknnya. Itu kurang membantu di akhirat kelak.

Penulis bukan apa. Sebagai seorang Islam, penulis hanya mampu menegur. Namun percayalah, bahawa sekiranya penulis ini anaknya, tak mungkin penulis biarkan bapa penulis terus memalukan diri merepek-repek di depan rakyat.

Malah kalau penulis jadi anaknya yang kaya raya, pasti penulis bawa dia bermastautin di Makkah atau Madinah menghabiskan usia dengan beribadah di sana. Mohon maaf secara terbuka kepada rakyat, kemudian tunggu Allah ‘jemput’ ke alam barzakh. Itu lebih baik rasanya…

Leave a Reply