Mahathir Bukan Tersasul, Tetapi “Terlepas Cakap”?

Share


Apabila Mahathir tampil bermesra dengan Lim Kit Siang, bagai dipanah petir para peminat politik tanahair melihat bagaimana satu individu yang cukup dikenali sebagai anti-DAP itu membuat pusingan “U-Turn”.

Tanyalah mereka-mereka yang membesar pada era pemerintahannya, pasti kenal dan tahu bagaimana menebalnya sikap anti-chauvinis pada waktu itu.

Lantas, apakah motif, atau motivasi terkuat sehingga Mahathir memilih untuk bersama Lim Kit Siang dan keluarga?

Masih segar di minda, bagaimana Mahathir dilaporkan berkata bahawa DAP mahukan kerusi Timbalan Perdana Menteri. Dan hanya dengan seketika, beliau tiba-tiba menuduh MCA pula yang mahukan jawatan tersebut. Biasalah, dalam politik, itu dipanggil “damage control”. Namun, “kantoi” tetap “kantoi”.

Kasihan melihat, bagaimana pro Mahathir, sehingga ke hari ini cuba bersungguh menggunakan hujah bahawa mantan itu tersasul. Tersasul, atau “terlepas cakap”? Di kala rumah kata pergi, kubur kata mari, kita faham beliau sudah tidak selicik dahulu, maka tidak mustahil apa yang dilafazkannya berhubung cita-cita politik DAP itu adalah sesuatu yang lahir dari dunia nyata.

Jika benar tersasul sekalipun, bagaimana boleh wujud idea sedemikian sehingga kata-kata itu boleh terlepas? Apakah wujud “perjanjian” di antara kedua-dua belah berhubung dengan perkara tersebut? Jika ia tidak bermain di mindanya, mana mungkin boleh terlajak kata. Kan?

Jika benar wujud perjanjian antara dua entiti antik itu, isu “terlepas cakap” ini hanya berkisar tentang timbalan perdana menteri yang dilaporkan mahu dimiliki oleh DAP.

Bagaimana dengan jawatan Perdana Menteri?

Mungkin juga ada kaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh Tunku Aziz berkaitan “grand design” tahaluf siyasi DAP-PPBM.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *