Kerjasama Dgn BN Pulak: Nak Selamat Malaysia Ke Atau Nak Selamat Diri Sendiri?

Share

SEBETULNYA ini bukan pertama kali Kit Siang bercakap tentang DAP nak bekerjasama dengan BN untuk ‘menyelamatkan Malaysia’.  Sejak 2015, 2016 dan sekarang 2017. ia sekali lagi berbangkit.

Masalahnya Kit Siang hanya cakap.  Tidak ada sama sekali sebarang usaha dilakukan ke arah itu (bekerjasama dengan BN).  Nak kata hantar rombongan berbincang ke, pertemuan sulit ke, apa ke, tidak pernah ada.  Yang ada hanya air liur dia saja.

Di kalangan pemimpin BN pun tidak ada langsung berbangkit tentang isu ini. Yang kita tahu ada dakwaan KONONNYA DAP bekerjasama secara sulit dengan MCA, itupun bukan tentang agenda menyelamatkan Malaysia tapi tentang kepentingan kaum cina.

Hakikatnya, perkara ini (DAP bekerjasama dengan BN) hanya disentuh bila Kit Siang dan DAP ada masalah yang terlalu rumit untuk diselesaikan.  Macam baru-baru ini bila Mahathir “terlepas cakap” bahawa DAP meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri kalau Pakatan menang dalam PRU14.

Walaupun Mahathir nafi, DAP nafi tapi penafian itu dilihat lebih nak menyelamatkan diri saja.  Kita ada video untuk membuktikan apa yang Mahathir cakap, dia nak pusing macam mana pun tidak ada gunanya lagi.  Lainlah kalau DAP saman Mahathir, itu mungkin cerita lain, masalahnya tidak ada saman atau apa-apa jalan ke arah itu – sama seperti dakwaan konon DAP sanggup bekerjasama dengan BN ini jugalah.

Rakyat diminta tidak terpedaya dengan strategi melepas diri macam ini.  DAP dan Kit Siang tengah ada masalah tu dan jalan paling senang ialah mengaitkan BN sekali di dalamnya.  Ini strategi bodoh sebab BN tidak ada kaitan sama sekali dalam isu ini dan DAP perlu menyelesaikanlah sendiri masalah mereka dengan Mahathir tanpa perlu melibatkan kita.

Pada penulis, Mahathir ini memang manusia tak berguna dan banyak menyusahkan sesiapa juga yang berkaitan dengan dia.  Masa dalam UMNO dulu, majoriti dari perkara yang menjadi sensasi pembangkang untuk menyerang UMNO, adalah berkaitan dengan Mahathir.  Perwaja, tol, Petronas beli syarikat anak dia, BMF, PKFZ, Memali, IPP, krisis ekonomi 1997 dan sebagainya.

Ini semua ‘taik’ Mahathir tapi UMNO yang kena sebab dia pemimpin kita.  Masalah dia, masalah kita jugak – lebih kurang itu faham.  Nak harap Mahathir, mimpilah.   Dia main sinikal macam itu sajalah, menjawab terusnya tak pernah.

Sekarang, syukur alhamdulillah, ia sudah menjadi masalah Pakatan – DAP tidak terkecuali.  Kau tanggunglah, kami sudah tidak kena mengena, mahupun ambik tahu.

Apa pun, sehingga diakhirnya, ramai melihat dakwaan kononnya DAP nak bekerjasama dengan BN ini bukan tentang menyelamatkan Malaysia tapi tentang nak menyelamatkan DAP.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!