Isu TPM Dan PAS Buat DAP Panik

Share

PARTI DAP kini dilihat berada dalam keadaan panik. Mereka mula menafikan satu perkara dan mencadangkan pula perkara yang lain.Menurut kajian penganalisis politik perkara ini mula terjadi apabila mereka menjalinkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kecelaruan identiti serta misi dan visi DAP juga dipengaruhi oleh kes jenayah salahlaku rasuah Lim Guan Eng. Mahkamah telah menetapkan 7 Februari 2017 bagi pengurusan kes pertuduhan rasuah dihadapi Lim dan Phang berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran manakala tarikh perbicaraan ditetapkan sebelum ini pada 27 Mac hingga 21 Julai dikekalkan.

Dalam usaha Lim Kit Siang melepaskan anak beliau dari kes jenayah tersebut, beliau dilihat menjalinkan kerjasama dengan ramai pihak. Baru-baru ini DAP telah menimbulkan polemik bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Rakyat Malaysia tahu bahawa perkara ini tidak benar sama sekali. DAP sebenarnya berada dalam keadaan tersepit.

Kini pemimpin veteran DAP itu berkata beliau bersedia bekerja dengan pemimpin atasan BN pula. Menurut Lim, beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membincangkan cara untuk “membersihkan dan menyingkirkan” segala keaiban dan kehinaan Malaysia akibat dilihat sebagai negara kleptokrasi.

Tarikh 7 Februari dan 27 Mac yang semakin hampir dilihat mampu mengubah pendirian “Dinosaur” DAP yang sebelum ini terlalu kerap menguris hati orang Melayu dan umat Islam dalam negara kita khasnya. Semalam, Lim menafikan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS hanya sekadar tindakan berpura-pura disebalik kelantangan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Selain daripada itu, DAP juga menafikan parti itu ada meminta jawatan timbalan perdana namun ia tidak bermakna mereka menafikan hak orang bukan Melayu berada pada posisi itu. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata kenyataan Lim Kit Siang berkaitan permohonan untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri bukan bermakna mereka mengabaikan pendirian mengenai hak semua rakyat Malaysia menjawat tugas berkenaan.

Isu timbalan perdana menteri timbul pada hari Rabu lepas apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mahathir dilaporkan memberitahu DAP pernah meminta jawatan tersebut. Dalam usaha untuk menutup isu tersebut, beliau mengakui tersilap dan menegaskan, permintaan itu dibuat oleh MCA pula.

Rakyat Malaysia dapat menyaksikan bahawa DAP sememangnya berada dalam keadaan panik. Terlalu banyak rahsia yang bocor. Terlalu banyak perkara sensitif dipersoalkan. Tambahan pula, Lim Guan Eng pula berkemungkinan besar akan dipenjarakan. Memang DAP diserang “panic attack”.

2 thoughts on “Isu TPM Dan PAS Buat DAP Panik

  • January 24, 2017 at 18:40
    Permalink

    Saperti yang pernah penulis tulis mereka ini akan bergaduh atas satu perkara ke perkara lain. Terakhir mengenai PAS. Si M cakap no way untuk PAS. LKS pulak please come back to us PAS. Please,… kita pernah berpelok dulu, serta bercium , apa salahnya jika kita berpelok semula.

    PAS balas pada DAP. Kau boleh bla. Dulu kau ajak aku berkongsi bantal. Waktu aku tidor kau bangun letak kaki kau atas muka aku. Kau kafir laknat, aku sudah hilang minat.

    PAS cakap pada M, kau pun sama wahai M. Kau tua kutuk, boleh belah. Tempat kau tikar sembahyang bukan atas pentas kutuk orang, menipu, ,berbohong dan fitnah orang lain tak henti2.

    Reply

Leave a Reply