Beg Plastik: Senang Sungguh Jadi Azmin

Share

TUNKU Abdul Rahman pada satu ketika dulu pernah mengeluarkan kenyataan mengaku sebagai Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia.  Tak ada apa salahlah dengan itu cuma lama selepas itu tak dengar ada lagi mana-mana ahli politik  yang keluar kenyataan seumpama itu lagi dah.  Tapi hari ini kita ada seorang Menteri Besar yang nampaknya ‘bahagia sungguh’ di sebalik kesusahan yang perlu ditanggung rakyat.

Ceritanya tentang beg plastik yang kos pembuatan dalam 2 sen tapi diarahkan kerajaan negeri Selangor agar rakyat dicaj 20 sen SATU, konon sebab nak jaga alam sekitar.  Kalau nak jaga alam sekitar, hapuskan terus, bukan kekalkan dan letak syarat rakyat kena bayar untuk gunakan beg plasti.

Dari mula perkara ini menjadi isu awal bulan yang lalu, nampaknya semua yang buruk-buruk lanjutan dari perlaksanaan polisi tersebut, kena dekat orang lain, yang tak kena, Azmin saja walaupun dia Menteri Besar.  Exco kena, pekedai kena, rakyat dah tentulah sebab kena bayar 20 sen tu. Pendek kata, semua kenalah tapi Azmin tak kena apa-apa.  Macam bapak angkat dia pulak (Mahathir), hidup dalam realiti berbeza.


Terbaru, Azmin serah pada pekedai untuk caj 20 sen itu atau tidak – dah pulak!!  Ini macam mana kes, tak membantu rakyat sama sekali.  Pekedai caj 20 sen sebab diarahkan kerajaan negeri, dah sekarang diberikan pilihan pulak untuk caj pengguna atau tidak beg plastik itu, agak-agak pilihan mana satu yang akan diambik pekedai?  Dah tentu dia caj lah, itupun payah Azmin nak fikir ke?

Lagi satu, dah kemana alasan alam sekitar?  Kalau pekedai diberi kuasa menentukan caj atau tidak, bukan cerita alam sekitar lagi dah ni tapi cerita nak selamatkan diri!!

Apa pun, ini bukan tentang caj, ini juga bukan tentang alam sekitar tapi tentang rakyat dan bagaimana kalau orang sama dibenarkan menguasai kerajaan persekutuan.  Asyik salah orang lain, yang diri sendiri tak kena apa-apa. payahlah rakyat dibuatnya.  Baru beg plastik, belum lain lain hal lagi tu.


2 thoughts on “Beg Plastik: Senang Sungguh Jadi Azmin

  • January 23, 2017 at 17:54
    Permalink

    Tak heran pun.
    Kerajaan BN MELAKA, dah lama kenakan 20 sen untuk
    beg plastik Majlis Perbandaran HANG TUAH JAYA.
    Selangor ikut je di belakang.

    Reply

Leave a Reply