Bila Muhyiddin Berbicara #SilaMenunggul

Share

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Muhyiddin mengkritik Shahrir Samad, Pengerusi Felda yang baharu. Politik, begitulah, mungkin juga Muhyiddin diberi tugas untuk menyerang Felda di dalam portfolionya dari terus diam “menunggulkan diri” sambil berharap ihsan dari Mahathir.

Anehnya, kita tidak pernah pula mendengar Muhyiddin, sewaktu menjawat jawatan timbalan perdana menteri, menegur prestasi Felda. Mungkin penulis terlepas pandang, tetapi rasanya begitulah kalau sepemerhatian penulis.

Jika Muhyiddin rasional, seharusnya beliau perlu memberi masa kepada Shahrir, kerana baharu sahaja menjawat jawatan berkenaan. Mana mungkin satu-satu perkara (jika ada) yang melibatkan pengurusan entiti sebesar Felda boleh diselesaikan sekelip mata. Logiklah sikit!

Dan baru tak baru, untuk pengetahuan Muhyiddin, perkara pertama yang berlaku setelah Shahrir memegang jawatan tersebut ialah mengarahkan agar ahli-ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation meletakkan jawatan. Bukankah itu satu petunjuk, bahawa Shahrir tahu apa yang beliau sedang lakukan? Lainlah jika beliau “menunggul” dan tidak berbuat apa-apa pun.

Sesuatu yang berani, dan hadir dari seorang yang berjiwa besar untuk benar-benar membantu Felda. Kalau hendak kritik Shahrir sekalipun, jangan lah terburu-buru. Nampak sangat kurang cerdiknya.

Resmi “tunggul”, mana pernah terfikir untuk membantu. Lihat sahaja bagaimana Kementerian Pendidikan dijaga suatu ketika dahulu, sehingga melahirkan banyak rasa ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru, baik dari segi pentadbiran, sistem dan beban kerja.

Paling lucu, mari kita sama-sama fahami maksud kata-kata Muhyiddin sendiri yang ditujukan kepada Tan Sri Shahrir yang dipetik dari sebuah portal:

“Saya dengar pengerusi Felda yang baharu itu mahu kembalikan semula kegemilangan Felda seperti satu masa dahulu jadi saya tidak tahu bagaimana dia nak selesaikan masalah sebegini.” – FMT

Itu motivasi Tan Sri Shahrir, yang sebelum ini telah melepaskan beberapa jawatan kerana mungkin sudah menghitung hari untuk berundur dari politik. Namun, demi Felda yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak beserta tujuannya, beliau terpanggil untuk mengambil tanggungjawab tersebut untuk mengembalikan kegemilangan Felda.

Mujur Muhyiddin tidak lagi bersama kerajaan. Kalau itulah mentaliti orang yang hendak diserahkan tanggungjawab di bahu, alamatnya hancurlah organisasi.

Apa kata Muhyiddin? “… jadi saya tidak tahu bagaimana…”  . Kalau tidak tahu, duduk diam-diam, dan lihat bagaimana Shahrir bekerja.

Sila menunggul.

3 thoughts on “Bila Muhyiddin Berbicara #SilaMenunggul

  • January 24, 2017 at 08:44
    Permalink

    Midin masa jadi MB Johor, dia sgt berminat jual tanah kubur, buat projek..

    Reply
  • January 24, 2017 at 15:53
    Permalink

    dah tk ada isi nak bebual la tu..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!